Follow me & I'll Follow u back
Wednesday, August 31, 2011
Salam Aidilfitri dari Liz
Lama Liz tidak post something di blog Liz...ya Liz agak sibuk dengan masakn kueh mueh raya. Sekarang sudah menjelang Syawal, tak terasa sekejap sahaja kita berpuasa. Alhamdulillah, semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah .
Syawal ini Liz ucapkan Selamat Hari Raya pada semua teman bloggers yang ternampak pos Liz ini. Dan buat suami Liz yang jauh di Eropah, Liz akan sentiasa doakan keselamatan dan kesihatan suami Liz. Tahun ini Liz tidak raikan raya di rumah Liz...
Friday, August 19, 2011
Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran
Masih belum terlambat bagi Liz untuk mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam yang ada dimuka bumi Allah ini. Setiap 17hb Ramadan adalah hari memperingati tentang Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad S.A.W. Semoga Allah memberikan Hidayah dan Barakah Nur Cahaya Allah kepada yang sentiasa mengamalkan membaca Qalam Allah ini.
Buat renungan diri Liz dan semua.....
“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
(Abu Daud & Ahmad)
(Abu Daud & Ahmad)
Tuesday, August 9, 2011
Oreo Cheese Cake
Liz kelmarin berbuka puasa bersama anak2 anak Liz dengan kueh sampingan iaitu Oreo Cheese Cake buatan Liz sendiri. Anak-anak sangat suka dengan kek ini. Memang betul-betul sedap seperti yang ada di bakery tapi yang Liz punya tidak lah sekemas kek yang ada di bakery. Nanti Liz akan perbaiki lagi penampilan kek ini..hehehe...
Terima kasih Izan kerana share resepi Cheese Cake. Liz tambah saja roti oreo dalam kek cheese dan juga basenya. Nanti Liz buat yang Plain Cheese Cake.
OREO CHEESE CAKE
Sumber: Izan
Bahan Base : liz guna loyang shape heart 8"
Cara-cara:-
Untuk Base : Biskut oreo dikisar halus dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam loyang. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
Untuk Kek:
Terima kasih Izan kerana share resepi Cheese Cake. Liz tambah saja roti oreo dalam kek cheese dan juga basenya. Nanti Liz buat yang Plain Cheese Cake.
OREO CHEESE CAKE
Sumber: Izan
Bahan Base : liz guna loyang shape heart 8"
- 200gm biskut oreo - di buang krimnya
- 60 gm mentega cair
- 500 gm cream cheese
- 375 ml condensed milk
- 3 biji telur
- 2 sudu teh lemon juice
- 20 keping biskut oreo di patah-patah ikut kesukaan anda
Cara-cara:-
Untuk Base : Biskut oreo dikisar halus dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam loyang. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
Untuk Kek:
- Cheese Cream dan gula hingga sebati, masukkan telur satu demi satu diikuti dengan jus lemon. Putar hingga sebati.
- Masukkan biskut oreo, gaul rata.
- Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Renggangkan pintu oven dan biarkan kek sejuk didalamnya selama 1 jam.
- Renggangkan diloyang dengan menggunakan pisau. Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
- Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.
Sunday, August 7, 2011
Kek Pelangi Liz
Hampir seminggu kita sudah menunaikan ibadah puasa, tidak terasa masa begitu pantas berlalu. Hari ini Liz baru saja hendak mula posting something ke blog Liz. Maklum puasa, rancak dengan buat kueh mueh dan lauk pauk berbuka puasa. Tambahan lagi tempahan kueh puasa untuk mereka yang order kueh buat majlis tahlil pun masih on sampai hari ini. Alhamdulillah rezeki bertambah juga tapi tenaga pun tidak kurang hebat letih apalagi dibulan Ramadan ini.
Kali ini Liz hendak share ilmu Liz dalam membuat kek Pelangi yang sangat mudah ini. Mungkin teman blogger pun ada resepi tersendiri. Resepi ini Liz dapat dari kawan Liz. Semoga ilmu yang beliau share diberkati Allah. Mari kita baca resepi kek ini.
Bahannya:
4 biji telur
1 buku mentega
2 mangkok tepung biasa
1 mangkok gula halus
4 sudu makan susu cair
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh baking powder
pewarna merah, kuning dan hijau
Cara membuatnya:
1. Mentega dan gula dipukul hingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul rata.
3. Akhir sekali masukkan tepung, susu cair, vanilla, baking powder dan gaul hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan titikkan pewarna kepada 3 bhg.
4. bakar pada suhu 170- 180
Selamat Mencuba
Tuesday, August 2, 2011
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1432H
Friday, July 29, 2011
Tahniah adikku
24hb Julai, Ahad adalah pertunangan adik saya yang ke 6 iaitu Hazlinah. Majlis ini cuma sederhana dilangsungkan. Kakak ucapkan tahniah atas pertunangan adik liz Sebenarnya dalam tahun ini 2 orang dah adik Liz mengikat tali perkawinan, hanya Liz belum upload foto mereka di blog Liz. Nantilah kalau Liz ada masa. Adik Liz yang baru saja bertunang ini Insyaallah akan melangsungkan pernikahan dihujung bulan September dan bersanding diawal bulan Oktober. Liz berdoa semoga pernikahan mereka akan sentiasa berkekalan ke anak cucu cicit mereka. Amin....
Dizaman moden ini perempuan yang bertunang juga ikut menyaksikan majlis pertunangan berlangsung dan diselajurkan dengan menyarungkan cincin pertunangan
Adik Liz berziarah bersama jemputan setelah majlis jamuan selesai.
Kalau Liz dulu bertunangan tidak keluar dari bilik
sekarang tidak lagi.....terpulanglah orang puya badan hendak expose atau tidak.
Kalau Liz dulu bertunangan tidak keluar dari bilik
sekarang tidak lagi.....terpulanglah orang puya badan hendak expose atau tidak.
Monday, July 25, 2011
Takziah buat teman sekerjaku
Alfatiah disedekahkan buat teman sekerja Liz iaitu Allahyarhammah Hajah Siti Mariam Binti Haji Makbar yang telah kembali kerahmatullah pada 25/7/2011 pada jam 3 subuh di Hospital RIPAS. Kepergiannya menemui Allah membuat warga sekolah Liz merasa sedih dan terharu. Semoga roh Allahyarhammah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikelangan orang-orang yang soleh dan solehah. Sepengatahuan Liz, Almarhummah memang seorang yang aktif, rajin dan didikasi dalam tugasnya. Liz baru saja sebulan bersamanya di sekolah yang baru Liz bertugas. Liz dah dipindahkan ke sekolah lain pada 2ohb Jun tahun ini. Almarhummah adalah seorang guru SENA bertugas bersama dengan Liz dalam membantu murid-murid berkeperluan khas. Kepergian beliau adalah kerana beliau menghadapi penyakit buah pinggang dan baru-baru ini doktor telah mengesan yang jantung beliau bernanah. Semua ini adalah kuasa Allah jua. Dia lebih sayangkan Almarhummah. Liz sangat-sangat terharu, tadi pagi murid-muridnya bertanya pada Liz kemana cikgu mereka. Liz hanya dapat memberitau yang Allah sangat sayang pada cikgu mereka.
Alfatihah buat Almarhummah
Semoga roh Allayarhammah dicucuri Nur rahmat Allah dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman...amin 100x
Wednesday, July 20, 2011
Homemade Bread Pizza
Kalau di cafe harga satu keping bread pizza $4.50. Ini yang Liz tidak dapat elak kalau makan luar dari Dapur Liz. Anak Liz kalau sudah suka pasti order walau harganya macam makan 5 biji roti kosong. Tapi layan sajalah....kalau dah liur hendak makan bread pizza pasti harga main belakang. Kelmarin Liz buatkan bread pizza dan Liz simpan sedikit sos 'classic yellow mustard' atas pizza bila sudah masak. Sampai 10 keping Liz buat untuk 4 orang dan semua habis lenyap dalam beberapa minit saja. Tidak sangka anak-anak Liz rupanya gemar dengan sos mustard . Resepi bagi bread pizza senang saja..cuma you guna creativity anda untuk bahan sos pizza.
Bahan yang Liz guna olive oil, minced beef, cooked potatoes, mix vegetables, hunt's pizza sauce, dried origano, shreaded cheese and bread. Oven for 8 - 10 minutes with 160 degrees celcius.
Bahan yang Liz guna olive oil, minced beef, cooked potatoes, mix vegetables, hunt's pizza sauce, dried origano, shreaded cheese and bread. Oven for 8 - 10 minutes with 160 degrees celcius.
Saturday, July 16, 2011
Butter Milk Chicken kegemaran anakku
Gambar ni masakan Liz tengahari kelmarin. Anak Liz, Naqib request nak minta buatkan butter milk chicken. Tapi Liz memang tak selalu masak untuk Naqib benda ini nanti Naqib lebih gemuk. Sekarang pun sudah naik badan Naqib. Alhamdulillah, nasib baik juga semua bahan ada dirumah, kalau tidak alamat tidak kabulkan permintaan Naqib. Liz tidak guna cili hijau sebab anak Liz tidak mahu pedas sangat so Liz pakai cili merah sahaja. Memang senang masak masakan ini hanya kita perlu ringan tangan. So ini adalah bahan-bahan yang Liz gunakan,
Bahan-bahannya:
1 mangkuk sederhana isi ayam di potong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk)
2 sudu makan Planta/butter ( terpulang mana anda suka)
2 gelas fresh milk
1-2 sudu makan susu manis
1 sudu makan Tepung jagung
8-10 helai daun Kari
2 biji Cili Thai hijau/ lada merah ( jika tak ingin pedas)
sedikit serbuk lada sulah jika perlu
garam secukupnya
Caranya:
1. Isi ayam digoreng dulu bersama sedikit kunyit dan sedikit garam.
2. Sementara menunggu ayam masak, buat sos buttermilk. Panaskan planta atau butter
masukkan bawang dan tumis hingga kekuning-kuningan.
3. Masuk kan susu ideal n susu manis dan kacau hingga mendidih. Kalau anda hendak banyak
kuah boleh lah tambah susu ideal lagi. Biar kan mendidih dan masukkan tepung jagung dan
sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan daun kari dan potongan kecil cili hijau..dan jika hendak pedas boleh
taburkan serbuk lada sulah
5. Bila sudah mendidih, tuangkan atas ayam yang sudah digoreng.. emmmm pasti sukses....
Selamat mencuba
Friday, July 15, 2011
Happy 65th Birthday your Highness
Happy 65th birthday and warmest wishes to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan And Yang Di-Pertuan Of Negara Brunei Darussalam.
Semoga kekal qarar di atas singgahsana, sentiasa di bawah lindungan Allah, sihat walafiat, di lanjutkan usia, berbahagia di dunia dan di akhirat...........
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik...
Long live his Majesty!
Semoga kekal qarar di atas singgahsana, sentiasa di bawah lindungan Allah, sihat walafiat, di lanjutkan usia, berbahagia di dunia dan di akhirat...........
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik...
Long live his Majesty!
Iklas Dari Keluarga Liz
Friday, July 8, 2011
Cerita Minggu Lepas...
Cerita ini berlaku seminggu yang lalu...sebenarnya cuma cerita mengenai Liz menghadiri aktiviti kebajikan...hehehe.... yang mana diselanggarakan oleh persatuan BAKTI iaitu Majlis Ceramah Sempena Sambutan Isra' Mikraj 1432H pada 1hb Julai, Jumaat jam 2.30 petang. Weekdays bekerja !! weekend (Friday) pula meluangkan masa menjadi sukarelawan dalam berpersatuan. Terpulanglah pada kita semada komited atau tidak..no komen. Memang ada keburukan dan kebaikan dalam berpersatuan tapi yang penting janganlah sampai kita lupa diri kita sebagai isteri, ibu dan anak kepada keluarga kita. Dan yang sangat-sangat terpenting bagi seorang isteri adalah suami telah mengizinkan kita untuk ikut serta dalam persatuan. Bagi Liz banyak pengalaman dan ilmu Liz dapat dalam persatuan ini, selain dari itu Liz dapat bergaul dan berkenalan dengan muka-muka baru dan sakaligus menambah kawan dan mengeratkan silaturahim.
Alhamdulillah ceramah khas yang telah disampaikan oleh penceramah undangan Ustazah Dayang Norizah binti Haji Abidin mengenai ibu dan anak telah membuka minda Liz dan ahli yang hadir untuk lebih peka dan peduli dengan keadaan sekelilig kita yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang sentiasa kita hadapi setiap hari.
Alhamdulillah ceramah khas yang telah disampaikan oleh penceramah undangan Ustazah Dayang Norizah binti Haji Abidin mengenai ibu dan anak telah membuka minda Liz dan ahli yang hadir untuk lebih peka dan peduli dengan keadaan sekelilig kita yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang sentiasa kita hadapi setiap hari.
Wednesday, July 6, 2011
Puding Sikoi
Sejak akhir- akhir ini, kenapa pula post Liz di blog Liz berubah jadi ke cerita resepi pula. Best friend Ummi rosma pun tertanya-tanya dengan keajaiban perubahan Liz hehehe. Sebenarnya Liz ini kadang-kadang orangnya tak organize sangat..semua macam rozak...blog pun sudah bau rozak....Mungkin kerana Liz sepertinya ingin menghibur diri nak buang tabiat menyendiri..so I make my self busy lah...agar masa berlalu dengan cepat. Jadinya terasalah suami Liz seperti tak lama lagi pulang dari luar negeri....
ok Liz ubah channel sekarang...Puding Sikoi....atau Puding Tembikai. Kalau bahasa Brunei Tembikai itu adalah sikoi. Puding ini tak ada rasa sikoi, cuma kita nak bentuk macam sikoi so kelihatan menarik dan menyelirakan kalau melihat. Memang sedap bagi para penggemar puding. Liz dapat resepi ini dari teman blogger yang suka kedapur masak sedap-sedap.
PUDING SIKOI
sumber: Kak Nor & Ha sue
14g serbuk agar-agar
3 keping roti (buang kulit)
1 liter air
180 gram gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau |Sedikit pewarna hijau,merah,kuning
|Bijan hitam secukupnya sebagai biji tembikai ( Liz punya sikoi seedless-stok dah habis)
Cara-Cara:
ok Liz ubah channel sekarang...Puding Sikoi....atau Puding Tembikai. Kalau bahasa Brunei Tembikai itu adalah sikoi. Puding ini tak ada rasa sikoi, cuma kita nak bentuk macam sikoi so kelihatan menarik dan menyelirakan kalau melihat. Memang sedap bagi para penggemar puding. Liz dapat resepi ini dari teman blogger yang suka kedapur masak sedap-sedap.
PUDING SIKOI
sumber: Kak Nor & Ha sue
14g serbuk agar-agar
3 keping roti (buang kulit)
1 liter air
180 gram gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau |Sedikit pewarna hijau,merah,kuning
|Bijan hitam secukupnya sebagai biji tembikai ( Liz punya sikoi seedless-stok dah habis)
Cara-Cara:
- Masak agar-agar bersama gula dan air sehingga agar-agar & gula hancur.
- Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis ke dalam blender.Blend halus
- Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
- Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit sikoi)-anggaran 1 cawan.Biar keras sedikit.
- Selepas itu sedikit lagi warna asal-anggaran 3/4 cawan, tuangkan di atas lapisan hijau tadi dengan perlahan-lahan. Biar keras sedikit
- Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi juga dengan perlahan2.
- Akhir sekali taburkan bijan hitam sebagai biji tembikai dan tekan2 sedikit supaya biji itu sedikit tenggelam. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk. ( Yang ini Liz tak buat)
Coba-cobalah membuat puding ini....jgn asyik tidur..hehehe
Lumpia Telur Goreng
Pulang dari ambil anak-anak dari sekolah petang, Liz teringin sangat nak mencuba buat lumpia telur goreng. Lumpia adalah kueh popiah yang berintikan bahan sayur dan daging dan berkulit popiah. Liz tidak gunakan kulit popiah, tapi berkulitkan telur goreng. Liz dapat resepi ini dari cerita kawan Liz yang dia hendak mencuba buat popiah telur goreng yang diberi oleh jirannya. So Liz tanya apa bahan yang perlu untuk buat popiah tersebut. Dia hanya terangkan secara lisan then Liz copylah dalam otak. Tapi ketika Liz membuat lumpia...biasalah Liz suka guna teknik adun tolak tambah.
Bahan-bahannya:
(untuk 4 biji lumpia)
Inti Lumpia
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji kecil capsiccum ( dipotong dadu)
1 cawan isi ayam cincang
daun bawang diiris (banyaknya terpulang anda)
sedikit italian herb
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
gula sedikit jika perlu
Kulit lumpia:
4 biji telur
1 sudu makan susu segar
1 sudu kecil tepung jagung
sedikit tepung kanji untuk lapisan telur goreng
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1. Campur semua bahan inti dalam satu mangkuk dan gaul rata, pastikan bahan inti meresap
rasanya.
2. Untuk menyediakan kulit lumpia, telur, susu, tepung kanji dan sedikit garam disatukan dan
gaul rata.
3. Panaskan kuali untuk membuat lapisan nipis telur goreng.
4. Lepas itu letakkan diatas taburan tepung kanji.
5. Ambil bahan inti, simpan atas telur dan lipat seperti membuat kulit popiah.
Apabila siap digolong, lumpia tadi digolekkan di atas tepung hinga merakat tepungnya
(supaya rangup dan tidak terbuka kulit telur bila digoreng lagi)
6. Panaskan minyak dengan api yang kecil , lepas itu masukkan lumpia dan goreng hingga
kekuning-kuningan.
7. Bila dah siap menggoreng, potong lumpia dan hidangkan bersama sos cili .
Pasti anda suka
Monday, July 4, 2011
Lasagna Liz
Lasagna adalah makanan permintaan anak Liz yang kedua, Dk Izzat sejak hari Jumaat yang lalu. Liz kononnya hendak membuat hari Ahad kelmarin. Oleh kerana Liz teramat sibuk so Alhamdulillah dah tercapai permintaaan anak Liz malam ini. Nah tengok gambar Lasagna Liz, Liz bikin ikut suka hati liz janji rasa seperti lasagna hehehe. Yang penting ada sos tomato, cheese, cream sos dan lasagna...yang lain-lain ikut kreativiti kita lah. Esuk anak-anak request pula untuk dibawa kesekolah..nasib baik liz buat lebih sosnya.
Bahan-bahannya:
( tergantung pada saiz lasagna anda)
2 sudu makan minyak olive
1 biji bawang besar ( dipotong dadu)
6 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 biji capcicum merah/hijau ( potong dadu)
3 sudu besar mixed vegetables
1 tin sos tomato ( Liz pakai product Hunt)
3 sudu besar daging cincang ( terpulang sukatannya yang anda hendak)
sedikit italian seasonal herb ( liz pakai parsley)
beberapa keping lasagna
3 gelas cream milk sos ( fresh light milk + 3 sudu makan tepung jagung dimasak hingga pekat)
Cheese untuk ditabur
sedikit garam
Cara-caranya:
- bawang besar dan bawang putih ditumis.
- Masukkan capcicum dan mixed vegetables, masak sekejap.
- Masukkan daging kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos tomato, garam, Italian herbs dan 1/2 gelas air.
- Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
- Sediakan takir/bekas yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling atau simpan aluminium sebagai alas lasagna.
- Untuk sos cream milk, susu segar dan tapung jagung dimasak hingga agak pekat.
- Taburkan satu lapisan nipis sos daging tadi kedalam takir/bekas.
- Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
- Di atas kepingan lasagna masukkan sos cream milk.
- Lepas itu lapis lagi dengan kepingan lasagna then letak sos daging diatasnya.
- Di atas lapisan sus daging ulangi dengan satu lapisan sos cream milk dan ulangi langkah jika ingin tebal. Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup putih dan taburkan cheesee ( lagi banyak lagi sedap ). Taburkan Italian herbs di atas cheese.
- Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 30 - 40 minit . Kalau sudah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tidak hangus.
Selamat mencuba
Friday, July 1, 2011
Puding Pelangi Cappuccino
Sekarang sudah masuk bulan Julai dan tak terasa masa begitu cepat berlalu. Liz sangat suka juga sebab tak sabar-sabar menanti kepulangan suami yang tersayang yang jauh diperantauan. November cepatlah datang..Semoga suamiku yang tersayang sentiasa berada dalam perlindungan Allah dan sihat walafiat..amin..amin..amin.
Liz telah terpukau dan teringin sangat hendak membuat Puding....Alhamdulillah dah siap lah puding Liz semalam. Liz dapat resepinya dari blog Ha Sue dan Liz ubah perisa koko kepada cappuccino. Liz pakai paket paket instant minuman cappuccino sebab serbuk koko Liz dah tak ada stok di dapur Liz. Kreativiti terpulanglah pada semua hendak buat perisa teh pun boleh hehehe..
Puding Pelangi Cappuccino( Liz tambah nama resepi)
Puding Pelangi
Sumber Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan:
Liz telah terpukau dan teringin sangat hendak membuat Puding....Alhamdulillah dah siap lah puding Liz semalam. Liz dapat resepinya dari blog Ha Sue dan Liz ubah perisa koko kepada cappuccino. Liz pakai paket paket instant minuman cappuccino sebab serbuk koko Liz dah tak ada stok di dapur Liz. Kreativiti terpulanglah pada semua hendak buat perisa teh pun boleh hehehe..
Puding Pelangi Cappuccino( Liz tambah nama resepi)
Puding Pelangi
Sumber Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan:
- 13 g serbuk agar2
- 750ml air
- 180gm gula pasir 180gm
- 80g mentega
- 1 biji telur
- ½ tin susu cair
- 1 sudu makan tepung custard
- 1 paket minuman instant cappuccino ( yang 2 in one..apa2 sajalah)
- 1/2 sudu teh vanilla
- pewarna merah dan hijau secukupnya (kalau nak guna warna2 lain pun boleh)
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk . Then bubuh cappuccinno (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 boleh letak hijau dan merah.
- Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang (dihujung yg paling rendah), kemudian satu senduk makan adunan warna hijau dan akhir sekali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat seperti ini sampai semua adunan habis.
- Bila sudah siap, letakkan semula loyang ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Coba jangan tak coba
Wednesday, June 29, 2011
Kueh Pandan ala waffle
Petang tadi adik Liz yang ketiga Linda berkunjung kerumah Liz bersama anak-anaknya. Hari ini juga adalah cuti awam sempena menyambut Israk Mikraj. Selamat menyambut Israq Mikraj pada semua yang beragama islam yer...So menu Liz petang tadi adalah Kueh Pandan biasa saja cuma Liz bakar pakai Waffle maker. Sebenarnya Liz buat keh ini ikut suka hati Liz. Tepung naik sendiri tidak ada di dapur Liz so Liz pakai tepung gandum sahaja. Kueh ini memang tidak kembang seperti waffle tapi bila sudah diberi perisa pandan sedap juga.
Bahannya:
2 gelas tepung gandum
1/2 gelas susu segar
1/2 gelas (santan + air pandan)
2 biji telur
5 sudu makan gula
3 sudu makan mentega(cairkan)
Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan telur hingga rata dan gula hancur
2. Masukkan tepung , susu , santan dan air pandan, pukul rata hingga tepung benar-benar
hancur dan tidak berketul.
3. Akhir sekali masukkan mentega.
4. Panaskan 'Waffle maker' dan sapukan sedikit minyak makan atau mentega.
5. Bila sudah panas tuangkan satu senduk ke acuan waffle dan bila sudah masak hidangkanlah
dengan peanut butter dan chocolate rice (ikut kegemaran anda) untuk disapukan diatas kueh
pandan.
Selamat mencuba pasti anak-anak anda suka makan kueh ini
Subscribe to:
Posts (Atom)