Gambar ni masakan Liz tengahari kelmarin. Anak Liz, Naqib request nak minta buatkan butter milk chicken. Tapi Liz memang tak selalu masak untuk Naqib benda ini nanti Naqib lebih gemuk. Sekarang pun sudah naik badan Naqib. Alhamdulillah, nasib baik juga semua bahan ada dirumah, kalau tidak alamat tidak kabulkan permintaan Naqib. Liz tidak guna cili hijau sebab anak Liz tidak mahu pedas sangat so Liz pakai cili merah sahaja. Memang senang masak masakan ini hanya kita perlu ringan tangan. So ini adalah bahan-bahan yang Liz gunakan,
Bahan-bahannya:
1 mangkuk sederhana isi ayam di potong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk)
2 sudu makan Planta/butter ( terpulang mana anda suka)
2 gelas fresh milk
1-2 sudu makan susu manis
1 sudu makan Tepung jagung
8-10 helai daun Kari
2 biji Cili Thai hijau/ lada merah ( jika tak ingin pedas)
sedikit serbuk lada sulah jika perlu
garam secukupnya
Caranya:
1. Isi ayam digoreng dulu bersama sedikit kunyit dan sedikit garam.
2. Sementara menunggu ayam masak, buat sos buttermilk. Panaskan planta atau butter
masukkan bawang dan tumis hingga kekuning-kuningan.
3. Masuk kan susu ideal n susu manis dan kacau hingga mendidih. Kalau anda hendak banyak
kuah boleh lah tambah susu ideal lagi. Biar kan mendidih dan masukkan tepung jagung dan
sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan daun kari dan potongan kecil cili hijau..dan jika hendak pedas boleh
taburkan serbuk lada sulah
5. Bila sudah mendidih, tuangkan atas ayam yang sudah digoreng.. emmmm pasti sukses....
Selamat mencuba