Follow me & I'll Follow u back

Saturday, March 19, 2011

Kenangan bersama His Highness

Pada hari Khamis 17hb March yang lalu adalah kenangan yang Liz akan ingat hingga bila-bila. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultah Haji Hassanal Bolkiah kesekolah Liz membuka lembaran baru dalam hidup Liz. Memang kesempatan sebegini amat jarang berlaku buat Liz. Pada hari tersebut adalah Majlis penyampaian anak-anak kunci rumah kepada penerima Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Perumahan sungai Buloh di Dewan Nilam Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin.

Selesai saja acara penyerahan anak-anak kunci tersebut, beginda Sultan berangkat melawat kesekolah Liz. beginda Sultan masuk kebeberapa bilik darjah dan termasuklah bilik bimbingan Khas Liz.

Pada mulanya memang Liz tak tentu rasa juga sebelum beginda masuk kebilik bimbingan Liz...Rasa gentar dan gembira selalu terisi dihati Liz. Bukan senang bersua muka dengan beginda Sultan...Alhamdulillah bila kehadiran beginda di bilik bimbingan Liz dapat control perasaan gentar Liz.
Banyak pertanyaan beginda Sultan tujukan pada Liz mengenai dengan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas ...Alhamdulillah semua pertanyaan beginda Sultan, Liz jawab dengan tenang saja.

Kenangan manis bersama beginda Sultan yang Liz akan selalu ingat sebagai seorang guru.

Salah satu bilik darjah yang beginda Sultan lawati


Bergambar ramai bersama Beginda Sultan


Berakhirlah sudah lawatan Beginda Sultan kesekolah Liz



Bersukan bersama anak-anak

Cerita sukan yang baru Liz post ini adalah kejadian yang minggu lepas , pada pagi Ahad 13/03/2011. Aktiviti sukan 'Brisk walk" atau berjalan pentas adalah anjuran guru-guru sekolah menengah Mentiri. Liz dan guru-guru dari sekolah Liz hadir untuk ikut serta dalam acara tersebut. Family juga dijemput hadir bersama...so Liz ajak anak-anak bersama pagi itu. Anak-anak bersemangat bila Liz nak bawa mereka....terutama anak Liz yang nombor 2, Dk Izzat...Liz dan anak-anak memakai baju kuning agar tetap bertenaga, riang, ceria dan sentiasa fokus dalam melakukan aktiviti...



Liz bersama kawan Liz, Cikgu Hainyisah (Guru Besar) dan rakannya

Liz bersama kawan Liz Cikgu Dayang Aji....pun Guru Besar ..

Sebahagian dari guru-guru dan keluarga yang join senam robik

1..2...3...4...5.....seronok juga

semangat sayangku

Tak tahan berjalan....akhirnya jogging juga ..

minuman dan makanan yang diagih-agihkan

Makanan sihat

Nampaknya lapar sayangku Izzat

Alhamdulillah sampai dah.....keletihan tapi nampak happy


Liz dan guru SRDMY...sekolah Liz

Monday, March 14, 2011

Masak yang mudah saja

Sekarang Liz ada masa nak post kisah cerita masakan Liz yang dah Liz makan sama anak-anak Liz minggu lepas. Rindu juga pada blog Liz...kalau sudah miss berhari-hari tidak melihat blog rugi juga tidak post bahan cerita.


Kali ini Liz hendak kabarkan pada teman blogger mengenai noodle kuning Liz ala spegheti. Bahannya senang saja, Liz guna hunts Tomato sauce with chilli. Liz guna mee udang, caranya tumis bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan telur, lepas itu masukkan sos hunts, tumis juga hingga naik bau dan selepas itu masukkan telur dan terus masukkan mee yang sudah direbus. Serbuk pati ayam juga Liz masukkan dan lepas itu gaul rata akhirnya masukkan garam dan sedikit gula. Emm rasanya pasti sedap ala makanan Italy...

Yang ini mee kuetiaw...Ini senang aja kamu semua pun boleh masak sendiri...yang penting rasanya sedap.

Mini kebab ini Liz suka buat.. cuma perlu daging atau ayam kisar. Goreng daging kisar dengan sedikit minyak..kalau nak simpan bawang boleh juga...Bila sudah masak daging kisar, masukkan myonis dan sayur salad bersama. mini kebab dihiris tepi dan sumbatkan kedalam kebab daging yang bermayonis tadi. Anak Liz memang suka akan kebab simple ini...tapi tak boleh selalu dimakan..harus juga jaga kesihatan...

Glitter Words

LinkWithin

Glitter Photos
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers