Follow me & I'll Follow u back

Tuesday, January 4, 2011

Tart Telur Liz

Hajat Liz tercapai juga mencuba buat kueh tart telur. Resepi Liz dapat dari kawan Liz. Resepi tart telur mudah saja hanya diri kita yang mesti ada kemahuan nak mula...Sama lah macam Liz, kadang-kadang yang senang tak mahu dicuba dulu...mahu juga mencuba yang sukar. Nak resepi? ini dia

Bahan untuk doh/ pastry:
1kg tepung
3 biji telur
20 oz Planta
Semua bahan di uli hingga menjadi doh yang lembut. Setelah lembut, masukkan doh kedalam acuan yang kecil.

Bahan intinya:
5biji telur,
1 tin susu manis,
1 tin susu cair ( Ideal),
1 tin air ( guna tin susu cair),

sedikit vanilla dan pewarna kuning. Gaul hingga rata. Bila sudah rata masukkan kedalam acuan doh tadi dan bakar pada 150c dalam masa 20 ke 30 minit.

Bagi 1 Adunan ini boleh dapat hasil hingga mencapai 100 biji atau lebih.


selamat mencuba...jgn tak cuba ya..




Sunday, January 2, 2011

105 hari cuti selepas melahirkan anak



Alhamdulillah..akhirnya semua kaum ibu dan hawa di negara Liz sangat bahagia dan gembira mengenai dengan cuti lepas bersalin ditambah dari 56 hari ke 105 hari bagi mereka yang bekerja. Pengumuman mengenai perkara tersebut telah pun dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Perutusan Sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.

Dengan adanya peluang cuti lepas bersalin, dapatlah ibu-ibu yang melahirkan anak manfaatkan cuti mereka dengan berehat secukupnya untuk mengembalikan tenaga dan memberi penyusuan terhadap anak yang baru lahir dengan secukup serta dapat membelai dan bermesra bersama anak sepuasnya. Liz masih terkenang masa 9 tahun yang dulu memang sukar rasanya bila mula bekerja selepas saja cuti 56 hari....badan belum cukup bertenaga dan juga menyusukan anak begitu terhad. Akhirnya Liz give up juga selepas 2 bulan kerana tidak dapat memberi susu ibu disebabkan tugas Liz memerlukan Liz...akhirnya baby Liz minum susu tepung.. Liz masih percaya sebaik-baik susu adalah susu ibu juga... bukan susu lembu..

Kalau nak cuti panjang..bolehlah beranak lebih 2 kali setahun...hehehe
Kesian si bapa tak ada cuti.....apahalnya kalau satu pejabat banyak ibu-ibu yang cuti...alamat kerja sampai larut malam lah kita ....hehehe

Glitter Words

LinkWithin

Glitter Photos
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers