Follow me & I'll Follow u back
Sunday, January 2, 2011
105 hari cuti selepas melahirkan anak
Alhamdulillah..akhirnya semua kaum ibu dan hawa di negara Liz sangat bahagia dan gembira mengenai dengan cuti lepas bersalin ditambah dari 56 hari ke 105 hari bagi mereka yang bekerja. Pengumuman mengenai perkara tersebut telah pun dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Perutusan Sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.
Dengan adanya peluang cuti lepas bersalin, dapatlah ibu-ibu yang melahirkan anak manfaatkan cuti mereka dengan berehat secukupnya untuk mengembalikan tenaga dan memberi penyusuan terhadap anak yang baru lahir dengan secukup serta dapat membelai dan bermesra bersama anak sepuasnya. Liz masih terkenang masa 9 tahun yang dulu memang sukar rasanya bila mula bekerja selepas saja cuti 56 hari....badan belum cukup bertenaga dan juga menyusukan anak begitu terhad. Akhirnya Liz give up juga selepas 2 bulan kerana tidak dapat memberi susu ibu disebabkan tugas Liz memerlukan Liz...akhirnya baby Liz minum susu tepung.. Liz masih percaya sebaik-baik susu adalah susu ibu juga... bukan susu lembu..
Kalau nak cuti panjang..bolehlah beranak lebih 2 kali setahun...hehehe
Kesian si bapa tak ada cuti.....apahalnya kalau satu pejabat banyak ibu-ibu yang cuti...alamat kerja sampai larut malam lah kita ....hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam liz bee dah follow awk yer...
http://www.puanbee.com/2010/12/kelebihan-domain-sendiri.html
ni link kelebihan pakai domain sendiri
http://www.puanbee.com/2011/01/nak-beli-domain-di-mana.html
dan nih cara-cara untuk daftar domain yer..nak buat duit tuh kena daftar syarikat pengiklanan tau!
salam...1st time ni nak komen..hehe..sangat bertuah la kan dpt cuti panjang ;)
Tq Bee..nanti liz coba ya
Bitt..ya Liz pun nak juga...tapi bukan senang buat baby...hehehe kalu rezki ada tentu Liz juga cuti panjang..hehehe
Post a Comment