Follow me & I'll Follow u back
Tuesday, May 3, 2011
Pertama kali menyertai Bowling Tournament.
Jumaat yang lepas, 29/4, Liz ada menyertai perlawanan bowling yang dianjurkan oleh Persatuan Bakti antara cawangan-cawangan. Liz bertanding dibawah salah satu team dari cawangan Tentera Laut (TL). Sebanyak 18 team telah bertanding di hari itu. Pertandingan dikategorikan kepada beberapa kategori. Liz memang tak berapa pandai sangat bermain bowling ini. Tapi memang senang juga jika dicuba.. cuma kita perlu pandai teknik dan rule cara bermain. Liz tak dapat hadiah, tidak mengapa. Tapi Liz mampu mengalahkan kawan dalam team Liz kerana berjaya mendapat mata sebanyak 91...Kalau Liz memang belum pro sangatlah. Berlatih pun susah dalam setahun...entah mungkin permainnan begini bagi Liz tak mencabar agaknya kerana Liz biasa kalau bersukan suka banyak pergerakan. Tapi tak apa akan Liz cuba nanti lagipun umur makin meningkat Liz mesti reduce sikit sukan yang memerlukan pergerakan badan yang banyak...apa kata orang supaya tulang tak cepat remuk..hehehe..Tapi Liz tetap suka bersukan janji ada kekuatan dan semangat pada diri Liz.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment