Follow me & I'll Follow u back

Saturday, March 19, 2011

Kenangan bersama His Highness

Pada hari Khamis 17hb March yang lalu adalah kenangan yang Liz akan ingat hingga bila-bila. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultah Haji Hassanal Bolkiah kesekolah Liz membuka lembaran baru dalam hidup Liz. Memang kesempatan sebegini amat jarang berlaku buat Liz. Pada hari tersebut adalah Majlis penyampaian anak-anak kunci rumah kepada penerima Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Perumahan sungai Buloh di Dewan Nilam Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin.

Selesai saja acara penyerahan anak-anak kunci tersebut, beginda Sultan berangkat melawat kesekolah Liz. beginda Sultan masuk kebeberapa bilik darjah dan termasuklah bilik bimbingan Khas Liz.

Pada mulanya memang Liz tak tentu rasa juga sebelum beginda masuk kebilik bimbingan Liz...Rasa gentar dan gembira selalu terisi dihati Liz. Bukan senang bersua muka dengan beginda Sultan...Alhamdulillah bila kehadiran beginda di bilik bimbingan Liz dapat control perasaan gentar Liz.
Banyak pertanyaan beginda Sultan tujukan pada Liz mengenai dengan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas ...Alhamdulillah semua pertanyaan beginda Sultan, Liz jawab dengan tenang saja.

Kenangan manis bersama beginda Sultan yang Liz akan selalu ingat sebagai seorang guru.

Salah satu bilik darjah yang beginda Sultan lawati


Bergambar ramai bersama Beginda Sultan


Berakhirlah sudah lawatan Beginda Sultan kesekolah Liz



Bersukan bersama anak-anak

Cerita sukan yang baru Liz post ini adalah kejadian yang minggu lepas , pada pagi Ahad 13/03/2011. Aktiviti sukan 'Brisk walk" atau berjalan pentas adalah anjuran guru-guru sekolah menengah Mentiri. Liz dan guru-guru dari sekolah Liz hadir untuk ikut serta dalam acara tersebut. Family juga dijemput hadir bersama...so Liz ajak anak-anak bersama pagi itu. Anak-anak bersemangat bila Liz nak bawa mereka....terutama anak Liz yang nombor 2, Dk Izzat...Liz dan anak-anak memakai baju kuning agar tetap bertenaga, riang, ceria dan sentiasa fokus dalam melakukan aktiviti...



Liz bersama kawan Liz, Cikgu Hainyisah (Guru Besar) dan rakannya

Liz bersama kawan Liz Cikgu Dayang Aji....pun Guru Besar ..

Sebahagian dari guru-guru dan keluarga yang join senam robik

1..2...3...4...5.....seronok juga

semangat sayangku

Tak tahan berjalan....akhirnya jogging juga ..

minuman dan makanan yang diagih-agihkan

Makanan sihat

Nampaknya lapar sayangku Izzat

Alhamdulillah sampai dah.....keletihan tapi nampak happy


Liz dan guru SRDMY...sekolah Liz

Monday, March 14, 2011

Masak yang mudah saja

Sekarang Liz ada masa nak post kisah cerita masakan Liz yang dah Liz makan sama anak-anak Liz minggu lepas. Rindu juga pada blog Liz...kalau sudah miss berhari-hari tidak melihat blog rugi juga tidak post bahan cerita.


Kali ini Liz hendak kabarkan pada teman blogger mengenai noodle kuning Liz ala spegheti. Bahannya senang saja, Liz guna hunts Tomato sauce with chilli. Liz guna mee udang, caranya tumis bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan telur, lepas itu masukkan sos hunts, tumis juga hingga naik bau dan selepas itu masukkan telur dan terus masukkan mee yang sudah direbus. Serbuk pati ayam juga Liz masukkan dan lepas itu gaul rata akhirnya masukkan garam dan sedikit gula. Emm rasanya pasti sedap ala makanan Italy...

Yang ini mee kuetiaw...Ini senang aja kamu semua pun boleh masak sendiri...yang penting rasanya sedap.

Mini kebab ini Liz suka buat.. cuma perlu daging atau ayam kisar. Goreng daging kisar dengan sedikit minyak..kalau nak simpan bawang boleh juga...Bila sudah masak daging kisar, masukkan myonis dan sayur salad bersama. mini kebab dihiris tepi dan sumbatkan kedalam kebab daging yang bermayonis tadi. Anak Liz memang suka akan kebab simple ini...tapi tak boleh selalu dimakan..harus juga jaga kesihatan...

Sunday, January 9, 2011

Suka-suka Di bulan Disember 2010 (part1)

Sebenarnya banyak lagi foto-foto kenangan 2010 Liz yang tak ter upload. Kalau dah kerja banyak dibuat , masa free Liz cuma sedikit sahaja. So kadang-kadang kerja memblogging pun terbantut. Tambah-tambah lagi bila Liz dah mula bekerja. Liz mula bekerja 3 Januari yang lalu...wah now dah satu minggu tahun baru berlalu. Masa bukan emas lagi....

Foto-foto ini adalah kenangan Liz bersama keluarga Liz Di Hotel Empire Country Club Jerudong Park pada 26/27 disember yang lalu...Boring juga kalau suami tak dapat cuti, so pergi bersamanya kat sini jadilah. Liz suka-suka sama hubby and kids semasa public holiday saja. Itu pun cuma satu hari saja we all mampu stay disana lepas itu hubby kerjalah semula ...


on our way to room 5426 @ Lagoon



Scenery from our room


Liz suka pemandangan ini


Superior - per nite $160 ( promotion during holidays)

Yang ini toilet


My kids suka sangat nak stay @ empire


Suasana di Lobby Empire
This hotel masih christmas mood...so decoration pun banyaklah di sini...




Mana Naqib...? Kesian my son jadi tukang gambar

Dinner time...

If u nak rasa ambuyat Brunei...di hotel 5 star ini pun juga available
Semuanya sedap-sedap..tapi prize per head wow tak boleh cakap lah..


Tuesday, January 4, 2011

Tart Telur Liz

Hajat Liz tercapai juga mencuba buat kueh tart telur. Resepi Liz dapat dari kawan Liz. Resepi tart telur mudah saja hanya diri kita yang mesti ada kemahuan nak mula...Sama lah macam Liz, kadang-kadang yang senang tak mahu dicuba dulu...mahu juga mencuba yang sukar. Nak resepi? ini dia

Bahan untuk doh/ pastry:
1kg tepung
3 biji telur
20 oz Planta
Semua bahan di uli hingga menjadi doh yang lembut. Setelah lembut, masukkan doh kedalam acuan yang kecil.

Bahan intinya:
5biji telur,
1 tin susu manis,
1 tin susu cair ( Ideal),
1 tin air ( guna tin susu cair),

sedikit vanilla dan pewarna kuning. Gaul hingga rata. Bila sudah rata masukkan kedalam acuan doh tadi dan bakar pada 150c dalam masa 20 ke 30 minit.

Bagi 1 Adunan ini boleh dapat hasil hingga mencapai 100 biji atau lebih.


selamat mencuba...jgn tak cuba ya..




Sunday, January 2, 2011

105 hari cuti selepas melahirkan anak



Alhamdulillah..akhirnya semua kaum ibu dan hawa di negara Liz sangat bahagia dan gembira mengenai dengan cuti lepas bersalin ditambah dari 56 hari ke 105 hari bagi mereka yang bekerja. Pengumuman mengenai perkara tersebut telah pun dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Titah Perutusan Sempena Awal Tahun Baru Masihi 2011 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei.

Dengan adanya peluang cuti lepas bersalin, dapatlah ibu-ibu yang melahirkan anak manfaatkan cuti mereka dengan berehat secukupnya untuk mengembalikan tenaga dan memberi penyusuan terhadap anak yang baru lahir dengan secukup serta dapat membelai dan bermesra bersama anak sepuasnya. Liz masih terkenang masa 9 tahun yang dulu memang sukar rasanya bila mula bekerja selepas saja cuti 56 hari....badan belum cukup bertenaga dan juga menyusukan anak begitu terhad. Akhirnya Liz give up juga selepas 2 bulan kerana tidak dapat memberi susu ibu disebabkan tugas Liz memerlukan Liz...akhirnya baby Liz minum susu tepung.. Liz masih percaya sebaik-baik susu adalah susu ibu juga... bukan susu lembu..

Kalau nak cuti panjang..bolehlah beranak lebih 2 kali setahun...hehehe
Kesian si bapa tak ada cuti.....apahalnya kalau satu pejabat banyak ibu-ibu yang cuti...alamat kerja sampai larut malam lah kita ....hehehe

Saturday, January 1, 2011

Puisi Ku Kelmarin


Kelmarin aku hadir di tempat itu
merasa kehadiran Nya
terhibur aku tapi tidak selalu
Alhamdulillah hati menjadi suka.

Kelmarin aku hadir lagi di situ
membawa rasa gundah dijiwa
yang kekadang sangat pilu
Alhamdulilah hati ketawa bahagia.

Kelmarin aku hadir di sana
mencari sesuatu yang hilang
firasatku mengata wujud
Alhamdulillah hati menjadi riang.

Kelmarin aku hadir lagi
mengharap ada yang memberi
diri membeku tetap menanti
Alhamdulillah rezeki datang mencari

Kelmarin , sekarang dan esok
aku tetap berharap dan setia
dengan hati yang kyusuk
berdoa pada yang ESA


Liz bukan penyair handalan....
Liz cuma nak bermain menjadi penyair........
Liz hadiahkan puisi Kelmarin ..
buat semua Teman blogger....

Di Awal tahun 2011 ini....
semoga semua suka puisi ini.







Friday, December 31, 2010

A gift from Claire

I just received a gift from Claire two days ago via post. It is a magnetic hold from korea. I was one of the tens correct guesser in her giveaway quiz. Thank you very much dear Claire..it is nice and cute gift..I like it very much. I am looking forward for the next giveaway contest/quiz...


lovely gift

Thursday, December 30, 2010

Terseliur nak makan ambuyat bersama cousin

Liz terseliur nak makan ambuyat hari itu, hubby masih kerja so I call my cousin Dk Fatimah, Pinah nama gelarannya. Pinah adalah sepupu yang rapat dengan saya bermain masa kecil-kecil dulu. We went to the Full House restaurant at Jalan Gadong. That's was the first time I pergi ke restoran tersebut. My cousin introduced it to me. Restoran tersebut menyediakan $7.00 buffet ambuyat dengan bermacam2 menu. Liz tengok banyaklah menu yang terhidang dan berbaloi juga makan serta sedap.

My sweet cousin....single mum
Ambuyat adalah makanan kabohydrate dari tepung Sagu hasil dari pokok Rumbia. Ambuyat adalah makanan tradisi Brunei yang dicelup dengan sambal binjai bersama kuah rebusan ikan atau kuah sayur. Kalau singgah ke Brunei jangan lupa makan ambuyat...nanti Liz tunjukkan tempatnya...Pasti sedap.

Ini pilihan Liz....Makanan kampong..tradisi Brunei

Kalau nak makan ambuyat mesti pakai candas ( kayu penyepit )..tengok tu..itu bukan gam..hehehe


Glitter Words

LinkWithin

Glitter Photos
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers