Follow me & I'll Follow u back

Sunday, May 22, 2011

Quiche LizAli

First time Liz buat quiche daging cincang dan cendawan butang kelmarin. Anak Liz memang suka makan quiche. Bila pergi bakery pasti anak Liz tidak pernah miss beli quiche. So Liz try tengok utube cara membuat quiche ...nampak memang senang juga...cuma Liz tukar bahan intinya ikut suka Liz. Kalau nak resepinya Liz cuma sukat-sukat ikut suka hati Liz. You all boleh google saja di utube resepi kesukaan anda. Tak ikut resepi pun boleh..kalau Liz suka masak main hentamlah..akhirnya Alhamdulillah menjadi jugak...tapi tak lah sehebat seperti dibakery...
Liz goreng sekejap candawan, daging cincang, garlic, lada sulah dan sedikit garam dan sayur campur lepas tu masukkan kedalam acuan yang berisi doh

susu segar, cream, telur sedikit garam yang dicampur seterusnya dimasukkan kedalam adunan dan bakar dalam 20 ke 30 minit
Hasilnya...emm pasti anak anda suka





Tuesday, May 3, 2011

Pertama kali menyertai Bowling Tournament.

Jumaat yang lepas, 29/4, Liz ada menyertai perlawanan bowling yang dianjurkan oleh Persatuan Bakti antara cawangan-cawangan. Liz bertanding dibawah salah satu team dari cawangan Tentera Laut (TL). Sebanyak 18 team telah bertanding di hari itu. Pertandingan dikategorikan kepada beberapa kategori. Liz memang tak berapa pandai sangat bermain bowling ini. Tapi memang senang juga jika dicuba.. cuma kita perlu pandai teknik dan rule cara bermain. Liz tak dapat hadiah, tidak mengapa. Tapi Liz mampu mengalahkan kawan dalam team Liz kerana berjaya mendapat mata sebanyak 91...Kalau Liz memang belum pro sangatlah. Berlatih pun susah dalam setahun...entah mungkin permainnan begini bagi Liz tak mencabar agaknya kerana Liz biasa kalau bersukan suka banyak pergerakan. Tapi tak apa akan Liz cuba nanti lagipun umur makin meningkat Liz mesti reduce sikit sukan yang memerlukan pergerakan badan yang banyak...apa kata orang supaya tulang tak cepat remuk..hehehe..Tapi Liz tetap suka bersukan janji ada kekuatan dan semangat pada diri Liz.

Liz dengan gaya tersendiri

Ketua Bakti Datin Nurhayana Janise

Sedang memilih bola yang sesuai untuk Liz golekkan

Salah satu team dari Bakti TL
Cawangan Bakti TL telah meraih kemenangan bagi perlawanan Ten Pin Bowling tahun ini

AJK Sukan TL

Kenangan bersama rakan persatuan Bakti

Team dari cawangan Bakti Barakas Garrisen




Saturday, April 23, 2011

Seronok menyertai Bola Jaring

It was yesterday, Liz menyertai Kejohanan Bola Jaring bagi Primary teachers zone IIB peringkat awal di komplex sukan UBD. Permainan berlangsung secara liga yang mana setiap pasukan bermain sebanyak 5 perlawanan. Alhamdulillah sekolah Liz berjaya masuk keperingkat semi-final yang akan berlangsung pada 7hb Mei ini. Sekolah liz mendapat 3 kali menang, satu seri dan satu kalah menjadikan mata 10 dan Jumlah score 31.

Sakit juga sendi-sendi badan Liz setelah bertarung berhempas pulas melawan pihak lawan walaubagaimanapun Liz happy juga bila dah masuk semi-final..berbaloi juga dengan latihan yang dibuat bersama team.

Team Liz.. Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin

Mengumpul strategi dan teknik bermain sebelum berlawan


Goal Attack..it's my position

Liz with my x-school team- Sekolah Rendah Tentera Laut
Team yang akan Liz lawan on the 7th Mei...


Liz and beside me, my friend..Dayang Aji and her staffs

Tuesday, April 5, 2011

Bawa anak makan di luar

Malam ini Liz bawa anak-anak makan di luar. Balik dari ambil anak-anak dari sekolah jam 5.30...Liz terus arahkan anak-anak mandi dan lepas itu terus bawa mereka pergi ke Sugar Bun di Times Square Jalan Berakas. Hajat Liz sebenarnya nak makan ikan eco sambal di Sugar Bun..lama dah Liz tak makan ikan kegemaran Liz di sana. Anak-anak memang rindu dengan kehadiran ayahnya ...kali ini hubby Liz tak ada bersama kami...rindu juga..

Bila nampak spegheti pasti anak Liz yang strong ini nak order..

Menu kegemaran Liz di Sugar Bun..Harga $7.50 with soft drink

Iffah dah kenyang sebab dah makan toast di rumah

Izzat memang suka makan fish burger

Naqib kalau tak ada minuman extra pasti merajuk...memang kuat minum

Friday, March 25, 2011

Kek teh kayu manis


Kali ni Liz nak cuba reka resepi kek teh cinamon. Sebab apa Liz nak cuba buat Kek teh, Liz ada merasa kek teh yang di kedai bakery Lof disini. Sedap juga..so Liz nak cuba-cuba membuatnya. Liz tak google nak cari resepi...main hantam sajalah...

Bahannya simple saja...

1 buku margerine
1 gelas gula
4 biji telur
2 gelas tepung
1 sudu besar susu ideal
2 sudu serbuk teh kayu manis ( pek serbuk teh yang dah bercampur)
1 sudu esen vanilla


Caranya:

- Margerin dan gula dikisar hingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji pukul lagi hingga sebati
- Masukkan tepung, esen vanilla, susu ideal dan teh kayu manis dan pukul hingga sebati.
- Masukkan dalam loyang dan bakar 180 degrees dalam masa 45 minit

Memang sedap juga kek rasa teh kayu manis...kalau suka kita suka minum teh kayu manis pasti gemar akan kek ini..selamat mencuba..



Saturday, March 19, 2011

Kenangan bersama His Highness

Pada hari Khamis 17hb March yang lalu adalah kenangan yang Liz akan ingat hingga bila-bila. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultah Haji Hassanal Bolkiah kesekolah Liz membuka lembaran baru dalam hidup Liz. Memang kesempatan sebegini amat jarang berlaku buat Liz. Pada hari tersebut adalah Majlis penyampaian anak-anak kunci rumah kepada penerima Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Perumahan sungai Buloh di Dewan Nilam Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin.

Selesai saja acara penyerahan anak-anak kunci tersebut, beginda Sultan berangkat melawat kesekolah Liz. beginda Sultan masuk kebeberapa bilik darjah dan termasuklah bilik bimbingan Khas Liz.

Pada mulanya memang Liz tak tentu rasa juga sebelum beginda masuk kebilik bimbingan Liz...Rasa gentar dan gembira selalu terisi dihati Liz. Bukan senang bersua muka dengan beginda Sultan...Alhamdulillah bila kehadiran beginda di bilik bimbingan Liz dapat control perasaan gentar Liz.
Banyak pertanyaan beginda Sultan tujukan pada Liz mengenai dengan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas ...Alhamdulillah semua pertanyaan beginda Sultan, Liz jawab dengan tenang saja.

Kenangan manis bersama beginda Sultan yang Liz akan selalu ingat sebagai seorang guru.

Salah satu bilik darjah yang beginda Sultan lawati


Bergambar ramai bersama Beginda Sultan


Berakhirlah sudah lawatan Beginda Sultan kesekolah Liz



Bersukan bersama anak-anak

Cerita sukan yang baru Liz post ini adalah kejadian yang minggu lepas , pada pagi Ahad 13/03/2011. Aktiviti sukan 'Brisk walk" atau berjalan pentas adalah anjuran guru-guru sekolah menengah Mentiri. Liz dan guru-guru dari sekolah Liz hadir untuk ikut serta dalam acara tersebut. Family juga dijemput hadir bersama...so Liz ajak anak-anak bersama pagi itu. Anak-anak bersemangat bila Liz nak bawa mereka....terutama anak Liz yang nombor 2, Dk Izzat...Liz dan anak-anak memakai baju kuning agar tetap bertenaga, riang, ceria dan sentiasa fokus dalam melakukan aktiviti...



Liz bersama kawan Liz, Cikgu Hainyisah (Guru Besar) dan rakannya

Liz bersama kawan Liz Cikgu Dayang Aji....pun Guru Besar ..

Sebahagian dari guru-guru dan keluarga yang join senam robik

1..2...3...4...5.....seronok juga

semangat sayangku

Tak tahan berjalan....akhirnya jogging juga ..

minuman dan makanan yang diagih-agihkan

Makanan sihat

Nampaknya lapar sayangku Izzat

Alhamdulillah sampai dah.....keletihan tapi nampak happy


Liz dan guru SRDMY...sekolah Liz

Monday, March 14, 2011

Masak yang mudah saja

Sekarang Liz ada masa nak post kisah cerita masakan Liz yang dah Liz makan sama anak-anak Liz minggu lepas. Rindu juga pada blog Liz...kalau sudah miss berhari-hari tidak melihat blog rugi juga tidak post bahan cerita.


Kali ini Liz hendak kabarkan pada teman blogger mengenai noodle kuning Liz ala spegheti. Bahannya senang saja, Liz guna hunts Tomato sauce with chilli. Liz guna mee udang, caranya tumis bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan telur, lepas itu masukkan sos hunts, tumis juga hingga naik bau dan selepas itu masukkan telur dan terus masukkan mee yang sudah direbus. Serbuk pati ayam juga Liz masukkan dan lepas itu gaul rata akhirnya masukkan garam dan sedikit gula. Emm rasanya pasti sedap ala makanan Italy...

Yang ini mee kuetiaw...Ini senang aja kamu semua pun boleh masak sendiri...yang penting rasanya sedap.

Mini kebab ini Liz suka buat.. cuma perlu daging atau ayam kisar. Goreng daging kisar dengan sedikit minyak..kalau nak simpan bawang boleh juga...Bila sudah masak daging kisar, masukkan myonis dan sayur salad bersama. mini kebab dihiris tepi dan sumbatkan kedalam kebab daging yang bermayonis tadi. Anak Liz memang suka akan kebab simple ini...tapi tak boleh selalu dimakan..harus juga jaga kesihatan...

Glitter Words

LinkWithin

Glitter Photos
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers