Follow me & I'll Follow u back

Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri dari Liz


Lama Liz tidak post something di blog Liz...ya Liz agak sibuk dengan masakn kueh mueh raya. Sekarang sudah menjelang Syawal, tak terasa sekejap sahaja kita berpuasa. Alhamdulillah, semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah .

Syawal ini Liz ucapkan Selamat Hari Raya pada semua teman bloggers yang ternampak pos Liz ini. Dan buat suami Liz yang jauh di Eropah, Liz akan sentiasa doakan keselamatan dan kesihatan suami Liz. Tahun ini Liz tidak raikan raya di rumah Liz...







Friday, August 19, 2011

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran


Masih belum terlambat bagi Liz untuk mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam yang ada dimuka bumi Allah ini. Setiap 17hb Ramadan adalah hari memperingati tentang Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad S.A.W. Semoga Allah memberikan Hidayah dan Barakah Nur Cahaya Allah kepada yang sentiasa mengamalkan membaca Qalam Allah ini.

Buat renungan diri Liz dan semua.....

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”

(Abu Daud & Ahmad)





Tuesday, August 9, 2011

Oreo Cheese Cake

Liz kelmarin berbuka puasa bersama anak2 anak Liz dengan kueh sampingan iaitu Oreo Cheese Cake buatan Liz sendiri. Anak-anak sangat suka dengan kek ini. Memang betul-betul sedap seperti yang ada di bakery tapi yang Liz punya tidak lah sekemas kek yang ada di bakery. Nanti Liz akan perbaiki lagi penampilan kek ini..hehehe...

Terima kasih Izan kerana share resepi Cheese Cake. Liz tambah saja roti oreo dalam kek cheese dan juga basenya. Nanti Liz buat yang Plain Cheese Cake.


Beginilah keadaan kek yang Liz buat


OREO CHEESE CAKE
Sumber: Izan

Bahan Base : liz guna loyang shape heart 8"

  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya
  • 60 gm mentega cair
Bahan Kek :
  • 500 gm cream cheese
  • 375 ml condensed milk
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh lemon juice
  • 20 keping biskut oreo di patah-patah ikut kesukaan anda

Cara-cara:-

Untuk Base
: Biskut oreo dikisar halus dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam loyang. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.

Untuk Kek:


  1. Cheese Cream dan gula hingga sebati, masukkan telur satu demi satu diikuti dengan jus lemon. Putar hingga sebati.
  2. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  3. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Renggangkan pintu oven dan biarkan kek sejuk didalamnya selama 1 jam.
  4. Renggangkan diloyang dengan menggunakan pisau. Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
  5. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.


Sunday, August 7, 2011

Kek Pelangi Liz

Hampir seminggu kita sudah menunaikan ibadah puasa, tidak terasa masa begitu pantas berlalu. Hari ini Liz baru saja hendak mula posting something ke blog Liz. Maklum puasa, rancak dengan buat kueh mueh dan lauk pauk berbuka puasa. Tambahan lagi tempahan kueh puasa untuk mereka yang order kueh buat majlis tahlil pun masih on sampai hari ini. Alhamdulillah rezeki bertambah juga tapi tenaga pun tidak kurang hebat letih apalagi dibulan Ramadan ini.



Kali ini Liz hendak share ilmu Liz dalam membuat kek Pelangi yang sangat mudah ini. Mungkin teman blogger pun ada resepi tersendiri. Resepi ini Liz dapat dari kawan Liz. Semoga ilmu yang beliau share diberkati Allah. Mari kita baca resepi kek ini.

Bahannya:

4 biji telur
1 buku mentega
2 mangkok tepung biasa
1 mangkok gula halus
4 sudu makan susu cair
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh baking powder
pewarna merah, kuning dan hijau

Cara membuatnya:

1. Mentega dan gula dipukul hingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul rata.
3. Akhir sekali masukkan tepung, susu cair, vanilla, baking powder dan gaul hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan titikkan pewarna kepada 3 bhg.
4. bakar pada suhu 170- 180

Selamat Mencuba

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1432H


Ucapan Tulus Iklas buat teman blogger Liz yang beragama Islam.
Daripada Liz dan Keluarga Liz

Semoga alaman ibadah puasa kita diterima Allah dibulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini.
Amin Ya RabbalA'lamin


Friday, July 29, 2011

Tahniah adikku

Majlis menerima tanda pertunangan dari pihak lelaki

24hb Julai, Ahad adalah pertunangan adik saya yang ke 6 iaitu Hazlinah. Majlis ini cuma sederhana dilangsungkan. Kakak ucapkan tahniah atas pertunangan adik liz Sebenarnya dalam tahun ini 2 orang dah adik Liz mengikat tali perkawinan, hanya Liz belum upload foto mereka di blog Liz. Nantilah kalau Liz ada masa. Adik Liz yang baru saja bertunang ini Insyaallah akan melangsungkan pernikahan dihujung bulan September dan bersanding diawal bulan Oktober. Liz berdoa semoga pernikahan mereka akan sentiasa berkekalan ke anak cucu cicit mereka. Amin....

Dizaman moden ini perempuan yang bertunang juga ikut menyaksikan majlis pertunangan berlangsung dan diselajurkan dengan menyarungkan cincin pertunangan



Kueh yang Liz buat untuk majlis ini
Chicken Bread Crumbs
&
Puding Pelangi koko


Adik Liz berziarah bersama jemputan setelah majlis jamuan selesai.
Kalau Liz dulu bertunangan tidak keluar dari bilik
sekarang tidak lagi.....terpulanglah orang puya badan hendak expose atau tidak.

Dk Iffah (anak Liz), Liz, Hazlinah, Haslinah(Adik no 2)








Monday, July 25, 2011

Takziah buat teman sekerjaku

Alfatiah disedekahkan buat teman sekerja Liz iaitu Allahyarhammah Hajah Siti Mariam Binti Haji Makbar yang telah kembali kerahmatullah pada 25/7/2011 pada jam 3 subuh di Hospital RIPAS. Kepergiannya menemui Allah membuat warga sekolah Liz merasa sedih dan terharu. Semoga roh Allahyarhammah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikelangan orang-orang yang soleh dan solehah. Sepengatahuan Liz, Almarhummah memang seorang yang aktif, rajin dan didikasi dalam tugasnya. Liz baru saja sebulan bersamanya di sekolah yang baru Liz bertugas. Liz dah dipindahkan ke sekolah lain pada 2ohb Jun tahun ini. Almarhummah adalah seorang guru SENA bertugas bersama dengan Liz dalam membantu murid-murid berkeperluan khas. Kepergian beliau adalah kerana beliau menghadapi penyakit buah pinggang dan baru-baru ini doktor telah mengesan yang jantung beliau bernanah. Semua ini adalah kuasa Allah jua. Dia lebih sayangkan Almarhummah. Liz sangat-sangat terharu, tadi pagi murid-muridnya bertanya pada Liz kemana cikgu mereka. Liz hanya dapat memberitau yang Allah sangat sayang pada cikgu mereka.


Saat-saat bersama Allyarhammah Cikgu Hjh Siti Mariam bersama rakan setugas (Baju merah)


Alfatihah buat Almarhummah
Semoga roh Allayarhammah dicucuri Nur rahmat Allah dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman...amin 100x



Wednesday, July 20, 2011

Homemade Bread Pizza


Kalau di cafe harga satu keping bread pizza $4.50. Ini yang Liz tidak dapat elak kalau makan luar dari Dapur Liz. Anak Liz kalau sudah suka pasti order walau harganya macam makan 5 biji roti kosong. Tapi layan sajalah....kalau dah liur hendak makan bread pizza pasti harga main belakang. Kelmarin Liz buatkan bread pizza dan Liz simpan sedikit sos 'classic yellow mustard' atas pizza bila sudah masak. Sampai 10 keping Liz buat untuk 4 orang dan semua habis lenyap dalam beberapa minit saja. Tidak sangka anak-anak Liz rupanya gemar dengan sos mustard . Resepi bagi bread pizza senang saja..cuma you guna creativity anda untuk bahan sos pizza.

Bahan yang Liz guna olive oil, minced beef, cooked potatoes, mix vegetables, hunt's pizza sauce, dried origano, shreaded cheese and bread. Oven for 8 - 10 minutes with 160 degrees celcius.



Saturday, July 16, 2011

Butter Milk Chicken kegemaran anakku

Gambar ni masakan Liz tengahari kelmarin. Anak Liz, Naqib request nak minta buatkan butter milk chicken. Tapi Liz memang tak selalu masak untuk Naqib benda ini nanti Naqib lebih gemuk. Sekarang pun sudah naik badan Naqib. Alhamdulillah, nasib baik juga semua bahan ada dirumah, kalau tidak alamat tidak kabulkan permintaan Naqib. Liz tidak guna cili hijau sebab anak Liz tidak mahu pedas sangat so Liz pakai cili merah sahaja. Memang senang masak masakan ini hanya kita perlu ringan tangan. So ini adalah bahan-bahan yang Liz gunakan,

Bahan-bahannya:

1 mangkuk sederhana isi ayam di potong kecil
1 sudu teh serbuk kunyit
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk)
2 sudu makan Planta/butter ( terpulang mana anda suka)
2 gelas fresh milk
1-2 sudu makan susu manis
1 sudu makan Tepung jagung
8-10 helai daun Kari
2 biji Cili Thai hijau/ lada merah ( jika tak ingin pedas)
sedikit serbuk lada sulah jika perlu
garam secukupnya

Caranya:
1. Isi ayam digoreng dulu bersama sedikit kunyit dan sedikit garam.

2. Sementara menunggu ayam masak, buat sos buttermilk. Panaskan planta atau butter
masukkan bawang dan tumis hingga kekuning-kuningan.

3. Masuk kan susu ideal n susu manis dan kacau hingga mendidih. Kalau anda hendak banyak
kuah boleh lah tambah susu ideal lagi. Biar kan mendidih dan masukkan tepung jagung dan
sedikit air.

4. Akhir sekali masukkan daun kari dan potongan kecil cili hijau..dan jika hendak pedas boleh
taburkan serbuk lada sulah

5. Bila sudah mendidih, tuangkan atas ayam yang sudah digoreng.. emmmm pasti sukses....

Selamat mencuba




Friday, July 15, 2011

Happy 65th Birthday your Highness


Happy 65th birthday and warmest wishes to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan And Yang Di-Pertuan Of Negara Brunei Darussalam.
Semoga kekal qarar di atas singgahsana, sentiasa di bawah lindungan Allah, sihat walafiat, di lanjutkan usia, berbahagia di dunia dan di akhirat...........
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik...

Long live his Majesty!

Iklas Dari Keluarga Liz

Glitter Words

LinkWithin

Glitter Photos
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers