Follow me & I'll Follow u back

Saturday, June 18, 2011

Spaghetti with Cheese & Garlic sauce

Spaghetti adalah kegemaran Liz dan anak-anak Liz. Kali ini Liz pakai sos yang express iaitu dari produk Hunt's (pasta sauce cheese & garlic) tapi adalah juga bahan tambahan bersama sos ini. Berikut ialah resipi bagi spaghetti Liz..Mudah saja apalagi guna sos yang tersedia cuma kita saja yang perlu pandai memberi rasa yang tersedap buat keluaga tersayang.

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – potong kiub kecil-kecil
  • 500 gm daging kisar
  • 1 tin Hunt's pasta sauce cheese & garlic
  • 2 sudu besar sos Chili Maggi ( jika nak pedas boleh tambah lebih)
  • 150 ml air
  • 500 gm spaghetti
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan Sos Hunt's dan air.
  4. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  5. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  6. Masak selama 10minit atau hingga kuah pekat.
  7. Hidangkan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.
.......Selamat mencoba........

Friday, June 17, 2011

Part 2 - Foto kenangan di Universal Studios Singapore

Ada 7 zone terdapat di Universal Studios iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Setiap zone pula ada beberapa rides dan shows yang Liz dan keluarga sudah kunjungi. Liz rasa hanya 85 peratus saja yang sempat kami jelajahi sehingga tutup permainan.

Entrance to Universal Studios

Nampak happy naik 'Accelerator' di Sci-Fi City
wow...tingginya species di Sci-Fi City ini
Bergambar di bawah BattleStar Galactica the Human and Cylon Roller Coaster di Sci-Fi City
Liz dan anak-anak hanya sempat naik Human Roller Coaster sebab Q panjang sangat...Insyaallah nanti bila visit Singapore lagi we all nak naik Cylon Roller Coaster
Kawasan Ancient Egypt
Salah satu model patung yang ada di kawasan 'Ancient Egypt'

Treasure Hunter ride..Yang ini kami tak sempat naik...kalau yang panjang Q kami skiplah ke tempat yang kurang Q kononnya jika ada masa hendak main kemudian....yang pastinya masa tak cukup.
Naqib dengan kipas angin with spray...harga nya $20..mahalnyaYang ini yang Liz suka 'Revenge of the Mummy' ...jangan tidak masuk..rugilaahhh...

'The Lost World'
Adik Liz yang ke 2 bersama keluarganya
Canopy Flyer

Hebat juga budak ini ..seperti dalam ketakutan atau ...happy!!!
Yang ini Adik Liz yang ke 9
Rapid Adventure in the 'The Lost World'
Entrance to 'Far Far Away'
Berdiri di depan Istana Far Far Away...Didalam kita dapat menyaksikan Shrek 4-D Adventure

Liz nanti upload gambar ...sampai sini dahulu


Kastad Jagung


Semalam Liz ada mood buat puding. Liz guna resepi dari blog Dapurku Sayang .Cara membuatnya pun agak begitu mudah juga. Pagi tadi Liz keluarkan puding dari peti sejuk dan hasilnya lumayan juga...Sedap, lemak lembut dan sejuk. Petang tadi ada perjumpaan bersama Persatuan Bakti TL so Liz nak buat lagi satu adunan untuk dihidangkan di majlis perjumpaan nanti. Berikut adalah resepinya:

Resepi Kastard Jagung
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 1 tin jagung manis (creamy)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, tepung kastard, santan, air, gula pasir dan garam di dalam periuk. Kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan jagung manis dan kacau lagi. Letakkan periuk tadi di atas dapur dan jerang dengan api perlahan. Kacau lagi tanpa henti.
  3. Apabila sudah hampir pekat, masukkan mentega/marjerin dan kacau lagi hingga pekat, likat dan berkilat.
  4. Tutupkan api. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega atau bubuh dalam bekas yang bersesuaian.
  5. Sejukkan sebelum dipotong.

Cuma hiasan kismis sahaja tambahan untuk resepi ini dari Liz


Wednesday, June 15, 2011

Kenangan di Universal Studio Singapore

Friday-10th June 2011, 9 pagi Liz dan keluarga dah bersiap nak pergi ke Universal Studio. Adik Liz dan keluarga tiba ke Singapore 9hb, satu hari lambat dari Liz. We all pergi Sentosa ikut MRT, tak nak ikut taxi sebab taxi hanya boleh bawa 4 passengers saja and we all semuanya 10 orang so kena ikut 3 taxi tambahan lagi agak mahal jika dibandingkan ikut MRT. Liz suka naik MRT sebab Liz nak merasa keadaan dan suasana naik MRT bersama anak-anak. Tiket Universal sudah pun awal Liz tempah secara online, kalau musim cuti sekolah harga naik dari hari biasa, harga bagi dewasa $72 dan kanak-kanak $52. Liz sarankan baik juga beli online untuk mengelakkan Q panjang di kaunter tambahan pula musim sekolah pasti ramai pengunjung. Kalau nak beli yang express kena tambah $48 seorang....yang express ini kita tidak payah tunggu Q panjang bila hendak main permainan. Tapi Liz tak mau beli sebab kita boleh main permainan yang tak panjang Q dahulu. Bila dalam Universal kita boleh main beberapa kali asalkan sanggup tunggu Q. Kami berada di Universal pada jam 11 pagi sehinggalah selesai jam 10 malam. Tidak terasa juga bila berada disana....itu pun Liz rasa belum cukup kami menikmati kesemua permainan disana disebabkan terlalu ramai pelawat yang berkunjung...Liz hanya post sebahagian gambar yang Liz ambil dan nanti Liz post lagi esuk-esuk..Insyallah..

Bersiap untuk menuju ke destinasi yang dituju
Izzat asyik tengok template ..dan tak sabar rasanya nak bermain di Universal Studio
Bangunan Raffles City Mall seberang Carlton Hotel
Tengok Map nak tahu direction MRT ke SentosaTak cukup tempat duduk..so kena lah berdiriLiz dan keluarga isi perut dulu di Vivo city Mall..Liz pilih Kolo mee..baik juga ada makanan halalNaik MRT dari Vivo City terus menyeberang ke Sentosa Island
Wowww ala Hollywood..klik klik terus Liz ambil gambar
Tak tahu kemana hendak mula...

So Liz ambil anti-clockwise direction sebab clock wise agak ramai juga yang Q

Bergayalah anak Liz...
Ada watak juga abang ipar Liz..hehe
cuba trypink..lah..New york artis lagenda
Liz mesti bergambar depan kereta klasik ini ..tidak boleh tidak
anak dan adik Liz sedang bergaya
Apa kah namanya monster ini..Liz pun tak tahu
Di Sci-Fi City..The city of the future..kononnyalah
berehat sebentar



Monday, June 13, 2011

Another busy days with kids

On the 10th at the Universal Studio

Agak lama juga liz tak post something di blog Liz. Kesibukkan sentiasa mengundang Liz siang dan malam for the past few months. Kali ini Liz kembali lagi semula..bukan apa...sebab Liz masa ini sedang bercuti, so burden pun ada lah juga kurang. You know what....I had arrived at Brunei Airport @ 11.15 this morning with flight number SQ 182 ...just came back from Singapore. making myself busy with kids. I stayed there for 6 days since 8th June. Memang fun berada di Singapore but makin lama disana makin banyak juga perbelanjaannya. Yang paling seronok sekali, my kids enjoyed having fun at the Universal Studios Themepark di Sentosa Island. You know what.. Morning to late evening we spent our time menikmati suasana themepark dan permainan di sana. Yang paling my kids and I loved were to ride roller coaster , watched the 4-D adventure movie of Shrek and riding roller coaster all in darkness to pharoahs tombs....nanti lagi Liz cerita.....to be continued...

9th June Liz naik bas dari Carlton Hotel dan turun dekat Marina Bay sands hotel dan jalan-jalan with my kids sambil ambil photos


LinkWithin