Follow me & I'll Follow u back

Friday, March 25, 2011

Kek teh kayu manis


Kali ni Liz nak cuba reka resepi kek teh cinamon. Sebab apa Liz nak cuba buat Kek teh, Liz ada merasa kek teh yang di kedai bakery Lof disini. Sedap juga..so Liz nak cuba-cuba membuatnya. Liz tak google nak cari resepi...main hantam sajalah...

Bahannya simple saja...

1 buku margerine
1 gelas gula
4 biji telur
2 gelas tepung
1 sudu besar susu ideal
2 sudu serbuk teh kayu manis ( pek serbuk teh yang dah bercampur)
1 sudu esen vanilla


Caranya:

- Margerin dan gula dikisar hingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji pukul lagi hingga sebati
- Masukkan tepung, esen vanilla, susu ideal dan teh kayu manis dan pukul hingga sebati.
- Masukkan dalam loyang dan bakar 180 degrees dalam masa 45 minit

Memang sedap juga kek rasa teh kayu manis...kalau suka kita suka minum teh kayu manis pasti gemar akan kek ini..selamat mencuba..



LinkWithin