Follow me & I'll Follow u back

Friday, June 17, 2011

Kastad Jagung


Semalam Liz ada mood buat puding. Liz guna resepi dari blog Dapurku Sayang .Cara membuatnya pun agak begitu mudah juga. Pagi tadi Liz keluarkan puding dari peti sejuk dan hasilnya lumayan juga...Sedap, lemak lembut dan sejuk. Petang tadi ada perjumpaan bersama Persatuan Bakti TL so Liz nak buat lagi satu adunan untuk dihidangkan di majlis perjumpaan nanti. Berikut adalah resepinya:

Resepi Kastard Jagung
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 1 tin jagung manis (creamy)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, tepung kastard, santan, air, gula pasir dan garam di dalam periuk. Kacau sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan jagung manis dan kacau lagi. Letakkan periuk tadi di atas dapur dan jerang dengan api perlahan. Kacau lagi tanpa henti.
  3. Apabila sudah hampir pekat, masukkan mentega/marjerin dan kacau lagi hingga pekat, likat dan berkilat.
  4. Tutupkan api. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega atau bubuh dalam bekas yang bersesuaian.
  5. Sejukkan sebelum dipotong.

Cuma hiasan kismis sahaja tambahan untuk resepi ini dari Liz


5 comments:

UmmiRosma said...

nyaman ni...tnx for sharing the recipe liz :)

Liz said...

yup thanks to Dayang Jack.coz i got the recipe from her blog..u better try to make this custard...just few minutes ago I buat lagi for tomorrow event

halobro said...

nyam - nyam .. very nice menu.. thanks for share ...

Liz said...

tq halobro

Liz said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin