Follow me & I'll Follow u back

Friday, July 1, 2011

Puding Pelangi Cappuccino


Sekarang sudah masuk bulan Julai dan tak terasa masa begitu cepat berlalu. Liz sangat suka juga sebab tak sabar-sabar menanti kepulangan suami yang tersayang yang jauh diperantauan. November cepatlah datang..Semoga suamiku yang tersayang sentiasa berada dalam perlindungan Allah dan sihat walafiat..amin..amin..amin.

Liz telah terpukau dan teringin sangat hendak membuat Puding....Alhamdulillah dah siap lah puding Liz semalam. Liz dapat resepinya dari blog Ha Sue dan Liz ubah perisa koko kepada cappuccino. Liz pakai paket paket instant minuman cappuccino sebab serbuk koko Liz dah tak ada stok di dapur Liz. Kreativiti terpulanglah pada semua hendak buat perisa teh pun boleh hehehe..


Puding Pelangi Cappuccino( Liz tambah nama resepi)
Puding Pelangi
Sumber Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 13 g serbuk agar2
  • 750ml air
  • 180gm gula pasir 180gm
  • 80g mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 paket minuman instant cappuccino ( yang 2 in one..apa2 sajalah)
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan hijau secukupnya (kalau nak guna warna2 lain pun boleh)
Cara-cara:
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk . Then bubuh cappuccinno (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 boleh letak hijau dan merah.
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang (dihujung yg paling rendah), kemudian satu senduk makan adunan warna hijau dan akhir sekali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat seperti ini sampai semua adunan habis.
  7. Bila sudah siap, letakkan semula loyang ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Coba jangan tak coba


Wednesday, June 29, 2011

Kueh Pandan ala waffle


Petang tadi adik Liz yang ketiga Linda berkunjung kerumah Liz bersama anak-anaknya. Hari ini juga adalah cuti awam sempena menyambut Israk Mikraj. Selamat menyambut Israq Mikraj pada semua yang beragama islam yer...So menu Liz petang tadi adalah Kueh Pandan biasa saja cuma Liz bakar pakai Waffle maker. Sebenarnya Liz buat keh ini ikut suka hati Liz. Tepung naik sendiri tidak ada di dapur Liz so Liz pakai tepung gandum sahaja. Kueh ini memang tidak kembang seperti waffle tapi bila sudah diberi perisa pandan sedap juga.

Bahannya:

2 gelas tepung gandum
1/2 gelas susu segar
1/2 gelas (santan + air pandan)
2 biji telur
5 sudu makan gula
3 sudu makan mentega(cairkan)

Cara membuatnya:

1. Pukul gula dan telur hingga rata dan gula hancur
2. Masukkan tepung , susu , santan dan air pandan, pukul rata hingga tepung benar-benar
hancur dan tidak berketul.
3. Akhir sekali masukkan mentega.
4. Panaskan 'Waffle maker' dan sapukan sedikit minyak makan atau mentega.
5. Bila sudah panas tuangkan satu senduk ke acuan waffle dan bila sudah masak hidangkanlah
dengan peanut butter dan chocolate rice (ikut kegemaran anda) untuk disapukan diatas kueh
pandan.

Selamat mencuba pasti anak-anak anda suka makan kueh ini



LinkWithin