Follow me & I'll Follow u back

Wednesday, July 6, 2011

Lumpia Telur Goreng

Pulang dari ambil anak-anak dari sekolah petang, Liz teringin sangat nak mencuba buat lumpia telur goreng. Lumpia adalah kueh popiah yang berintikan bahan sayur dan daging dan berkulit popiah. Liz tidak gunakan kulit popiah, tapi berkulitkan telur goreng. Liz dapat resepi ini dari cerita kawan Liz yang dia hendak mencuba buat popiah telur goreng yang diberi oleh jirannya. So Liz tanya apa bahan yang perlu untuk buat popiah tersebut. Dia hanya terangkan secara lisan then Liz copylah dalam otak. Tapi ketika Liz membuat lumpia...biasalah Liz suka guna teknik adun tolak tambah.

Bahan-bahannya:
(untuk 4 biji lumpia)

Inti Lumpia

1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji kecil capsiccum ( dipotong dadu)
1 cawan isi ayam cincang
daun bawang diiris (banyaknya terpulang anda)
sedikit italian herb
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
gula sedikit jika perlu

Kulit lumpia:
4 biji telur
1 sudu makan susu segar
1 sudu kecil tepung jagung
sedikit tepung kanji untuk lapisan telur goreng

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Campur semua bahan inti dalam satu mangkuk dan gaul rata, pastikan bahan inti meresap
rasanya.
2. Untuk menyediakan kulit lumpia, telur, susu, tepung kanji dan sedikit garam disatukan dan
gaul rata.
3. Panaskan kuali untuk membuat lapisan nipis telur goreng.
4. Lepas itu letakkan diatas taburan tepung kanji.
5. Ambil bahan inti, simpan atas telur dan lipat seperti membuat kulit popiah.
Apabila siap digolong, lumpia tadi digolekkan di atas tepung hinga merakat tepungnya
(supaya rangup dan tidak terbuka kulit telur bila digoreng lagi)
6. Panaskan minyak dengan api yang kecil , lepas itu masukkan lumpia dan goreng hingga
kekuning-kuningan.
7. Bila dah siap menggoreng, potong lumpia dan hidangkan bersama sos cili .

Pasti anda suka


No comments:

LinkWithin