Follow me & I'll Follow u back

Wednesday, June 22, 2011

Kuih Penyaram

Sudah lama Liz hendak mencuba membuat kuih penyaram..sekarang tercapai juga keinginan Liz apabila melihat resepi dari 'Norehan' . Kuih ini nampak mudah tapi untuk mendapatkan cara menggoreng dengan bentuk yang di inginkan bukan senang. Kuali kecil yang boleh membentuk kuih ini akan mendapatkan bentuk yang dimahui. Kalau diperap semalaman lagi, akan mendapatkan bentuk bulatan yang mengembang ditepi-tepi kueh ini.



Bahan Kueh:
Dari blog 'Norehan'
  • 250gm tepung beras
  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula melaka
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Sedikit garam
Cara-caranya:
  1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.
  2. Masukkan gula pasir, garam dan gaulkan rata.
  3. Larutkan gula melaka bersama air dan tapiskan.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul sebati.
  5. Biarkan 30 minit ke 1 jam. (Kalau diperap semalaman kuih akan mengembang)
  6. Panaskan dalam 3/4 cawan minyak masak dan senduk 1 adunan. goreng sehingga kembang baru dibalikkan.
  7. Angkat dan toskan minyaknya.



1 comment:

UmmiRosma said...

Well done Liza! I have tried making these UFO's..under my mom's supervision...I succeeded in deed...but too bad aku nda pandai makan ni..kekeke...

I like the kuali ...so kecik...comel...

LinkWithin