Follow me & I'll Follow u back

Friday, July 8, 2011

Cerita Minggu Lepas...

Cerita ini berlaku seminggu yang lalu...sebenarnya cuma cerita mengenai Liz menghadiri aktiviti kebajikan...hehehe.... yang mana diselanggarakan oleh persatuan BAKTI iaitu Majlis Ceramah Sempena Sambutan Isra' Mikraj 1432H pada 1hb Julai, Jumaat jam 2.30 petang. Weekdays bekerja !! weekend (Friday) pula meluangkan masa menjadi sukarelawan dalam berpersatuan. Terpulanglah pada kita semada komited atau tidak..no komen. Memang ada keburukan dan kebaikan dalam berpersatuan tapi yang penting janganlah sampai kita lupa diri kita sebagai isteri, ibu dan anak kepada keluarga kita. Dan yang sangat-sangat terpenting bagi seorang isteri adalah suami telah mengizinkan kita untuk ikut serta dalam persatuan. Bagi Liz banyak pengalaman dan ilmu Liz dapat dalam persatuan ini, selain dari itu Liz dapat bergaul dan berkenalan dengan muka-muka baru dan sakaligus menambah kawan dan mengeratkan silaturahim.

Alhamdulillah ceramah khas yang telah disampaikan oleh penceramah undangan Ustazah Dayang Norizah binti Haji Abidin mengenai ibu dan anak telah membuka minda Liz dan ahli yang hadir untuk lebih peka dan peduli dengan keadaan sekelilig kita yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang sentiasa kita hadapi setiap hari.


Majlis di adakan diMess Pegawai Berakas Garison

Ustazah Dayang Norizah sedang menyampaikan ceramah

Asyik mendengar


Ahli tiada halangan membawa anak bersama menghadiri majlis ini

sempat juga posing

Menikmati jamuan


Biasalah....apa-apa majlis mesti tidak kurang dengan acara bergambar


dari kiri Rina, Suzana, Liz dan Rozie


Kawan-kawan Liz


Ini dah lebih....sampai keluar hehehe..Apahalnya Liz sedang bergayut..hahaha

Wednesday, July 6, 2011

Puding Sikoi

Sejak akhir- akhir ini, kenapa pula post Liz di blog Liz berubah jadi ke cerita resepi pula. Best friend Ummi rosma pun tertanya-tanya dengan keajaiban perubahan Liz hehehe. Sebenarnya Liz ini kadang-kadang orangnya tak organize sangat..semua macam rozak...blog pun sudah bau rozak....Mungkin kerana Liz sepertinya ingin menghibur diri nak buang tabiat menyendiri..so I make my self busy lah...agar masa berlalu dengan cepat. Jadinya terasalah suami Liz seperti tak lama lagi pulang dari luar negeri....

ok Liz ubah channel sekarang...Puding Sikoi....atau Puding Tembikai. Kalau bahasa Brunei Tembikai itu adalah sikoi. Puding ini tak ada rasa sikoi, cuma kita nak bentuk macam sikoi so kelihatan menarik dan menyelirakan kalau melihat. Memang sedap bagi para penggemar puding. Liz dapat resepi ini dari teman blogger yang suka kedapur masak sedap-sedap.

PUDING SIKOI

sumber: Kak Nor & Ha sue

14g serbuk agar-agar
3 keping roti (buang kulit)
1 liter air
180 gram gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau |Sedikit pewarna hijau,merah,kuning
|Bijan hitam secukupnya sebagai biji tembikai ( Liz punya sikoi seedless-stok dah habis)

Cara-Cara:
  1. Masak agar-agar bersama gula dan air sehingga agar-agar & gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis ke dalam blender.Blend halus
  3. Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit sikoi)-anggaran 1 cawan.Biar keras sedikit.
  5. Selepas itu sedikit lagi warna asal-anggaran 3/4 cawan, tuangkan di atas lapisan hijau tadi dengan perlahan-lahan. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi juga dengan perlahan2.
  7. Akhir sekali taburkan bijan hitam sebagai biji tembikai dan tekan2 sedikit supaya biji itu sedikit tenggelam. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk. ( Yang ini Liz tak buat)

Coba-cobalah membuat puding ini....jgn asyik tidur..hehehe



Lumpia Telur Goreng

Pulang dari ambil anak-anak dari sekolah petang, Liz teringin sangat nak mencuba buat lumpia telur goreng. Lumpia adalah kueh popiah yang berintikan bahan sayur dan daging dan berkulit popiah. Liz tidak gunakan kulit popiah, tapi berkulitkan telur goreng. Liz dapat resepi ini dari cerita kawan Liz yang dia hendak mencuba buat popiah telur goreng yang diberi oleh jirannya. So Liz tanya apa bahan yang perlu untuk buat popiah tersebut. Dia hanya terangkan secara lisan then Liz copylah dalam otak. Tapi ketika Liz membuat lumpia...biasalah Liz suka guna teknik adun tolak tambah.

Bahan-bahannya:
(untuk 4 biji lumpia)

Inti Lumpia

1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji kecil capsiccum ( dipotong dadu)
1 cawan isi ayam cincang
daun bawang diiris (banyaknya terpulang anda)
sedikit italian herb
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
gula sedikit jika perlu

Kulit lumpia:
4 biji telur
1 sudu makan susu segar
1 sudu kecil tepung jagung
sedikit tepung kanji untuk lapisan telur goreng

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Campur semua bahan inti dalam satu mangkuk dan gaul rata, pastikan bahan inti meresap
rasanya.
2. Untuk menyediakan kulit lumpia, telur, susu, tepung kanji dan sedikit garam disatukan dan
gaul rata.
3. Panaskan kuali untuk membuat lapisan nipis telur goreng.
4. Lepas itu letakkan diatas taburan tepung kanji.
5. Ambil bahan inti, simpan atas telur dan lipat seperti membuat kulit popiah.
Apabila siap digolong, lumpia tadi digolekkan di atas tepung hinga merakat tepungnya
(supaya rangup dan tidak terbuka kulit telur bila digoreng lagi)
6. Panaskan minyak dengan api yang kecil , lepas itu masukkan lumpia dan goreng hingga
kekuning-kuningan.
7. Bila dah siap menggoreng, potong lumpia dan hidangkan bersama sos cili .

Pasti anda suka


Monday, July 4, 2011

Lasagna Liz


Lasagna adalah makanan permintaan anak Liz yang kedua, Dk Izzat sejak hari Jumaat yang lalu. Liz kononnya hendak membuat hari Ahad kelmarin. Oleh kerana Liz teramat sibuk so Alhamdulillah dah tercapai permintaaan anak Liz malam ini. Nah tengok gambar Lasagna Liz, Liz bikin ikut suka hati liz janji rasa seperti lasagna hehehe. Yang penting ada sos tomato, cheese, cream sos dan lasagna...yang lain-lain ikut kreativiti kita lah. Esuk anak-anak request pula untuk dibawa kesekolah..nasib baik liz buat lebih sosnya.

Bahan-bahannya:
( tergantung pada saiz lasagna anda)

2 sudu makan minyak olive
1 biji bawang besar ( dipotong dadu)
6 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 biji capcicum merah/hijau ( potong dadu)
3 sudu besar mixed vegetables
1 tin sos tomato ( Liz pakai product Hunt)
3 sudu besar daging cincang ( terpulang sukatannya yang anda hendak)
sedikit italian seasonal herb ( liz pakai parsley)
beberapa keping lasagna
3 gelas cream milk sos ( fresh light milk + 3 sudu makan tepung jagung dimasak hingga pekat)
Cheese untuk ditabur
sedikit garam

Cara-caranya:

  1. bawang besar dan bawang putih ditumis.
  2. Masukkan capcicum dan mixed vegetables, masak sekejap.
  3. Masukkan daging kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos tomato, garam, Italian herbs dan 1/2 gelas air.
  4. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
  5. Sediakan takir/bekas yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling atau simpan aluminium sebagai alas lasagna.
  6. Untuk sos cream milk, susu segar dan tapung jagung dimasak hingga agak pekat.
  7. Taburkan satu lapisan nipis sos daging tadi kedalam takir/bekas.
  8. Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
  9. Di atas kepingan lasagna masukkan sos cream milk.
  10. Lepas itu lapis lagi dengan kepingan lasagna then letak sos daging diatasnya.
  11. Di atas lapisan sus daging ulangi dengan satu lapisan sos cream milk dan ulangi langkah jika ingin tebal. Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup putih dan taburkan cheesee ( lagi banyak lagi sedap ). Taburkan Italian herbs di atas cheese.
  12. Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 30 - 40 minit . Kalau sudah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tidak hangus.
Selamat mencuba


LinkWithin