Follow me & I'll Follow u back

Saturday, March 19, 2011

Kenangan bersama His Highness

Pada hari Khamis 17hb March yang lalu adalah kenangan yang Liz akan ingat hingga bila-bila. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultah Haji Hassanal Bolkiah kesekolah Liz membuka lembaran baru dalam hidup Liz. Memang kesempatan sebegini amat jarang berlaku buat Liz. Pada hari tersebut adalah Majlis penyampaian anak-anak kunci rumah kepada penerima Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Perumahan sungai Buloh di Dewan Nilam Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin.

Selesai saja acara penyerahan anak-anak kunci tersebut, beginda Sultan berangkat melawat kesekolah Liz. beginda Sultan masuk kebeberapa bilik darjah dan termasuklah bilik bimbingan Khas Liz.

Pada mulanya memang Liz tak tentu rasa juga sebelum beginda masuk kebilik bimbingan Liz...Rasa gentar dan gembira selalu terisi dihati Liz. Bukan senang bersua muka dengan beginda Sultan...Alhamdulillah bila kehadiran beginda di bilik bimbingan Liz dapat control perasaan gentar Liz.
Banyak pertanyaan beginda Sultan tujukan pada Liz mengenai dengan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas ...Alhamdulillah semua pertanyaan beginda Sultan, Liz jawab dengan tenang saja.

Kenangan manis bersama beginda Sultan yang Liz akan selalu ingat sebagai seorang guru.

Salah satu bilik darjah yang beginda Sultan lawati


Bergambar ramai bersama Beginda Sultan


Berakhirlah sudah lawatan Beginda Sultan kesekolah Liz



4 comments:

UmmiRosma said...

Such a wonderful and golden experience to meet His Majesty..he is such a caring monarch...may Allah bless him with longevity and health...amin...

Liz said...

Alhamdulillah...kenangan manis buat Liz..memang Hie Highness seorang Raja yang sentiasa ambil peduli tentang rakyatnya..semoga beginda dipanjangkan usia amin

Yati Ali said...

kak, bestnye dpt jumpa sultan face to face. moga Allah lanjutkan usia tuanku...pasal nasi lemak kukus tu nnt sy jawab ya...

Liz said...

terima kasih yati..betul kesempatan yang mesti direbut..ok Liz tunggu nasi lemaknya yer

LinkWithin