Follow me & I'll Follow u back

Wednesday, June 29, 2011

Kueh Pandan ala waffle


Petang tadi adik Liz yang ketiga Linda berkunjung kerumah Liz bersama anak-anaknya. Hari ini juga adalah cuti awam sempena menyambut Israk Mikraj. Selamat menyambut Israq Mikraj pada semua yang beragama islam yer...So menu Liz petang tadi adalah Kueh Pandan biasa saja cuma Liz bakar pakai Waffle maker. Sebenarnya Liz buat keh ini ikut suka hati Liz. Tepung naik sendiri tidak ada di dapur Liz so Liz pakai tepung gandum sahaja. Kueh ini memang tidak kembang seperti waffle tapi bila sudah diberi perisa pandan sedap juga.

Bahannya:

2 gelas tepung gandum
1/2 gelas susu segar
1/2 gelas (santan + air pandan)
2 biji telur
5 sudu makan gula
3 sudu makan mentega(cairkan)

Cara membuatnya:

1. Pukul gula dan telur hingga rata dan gula hancur
2. Masukkan tepung , susu , santan dan air pandan, pukul rata hingga tepung benar-benar
hancur dan tidak berketul.
3. Akhir sekali masukkan mentega.
4. Panaskan 'Waffle maker' dan sapukan sedikit minyak makan atau mentega.
5. Bila sudah panas tuangkan satu senduk ke acuan waffle dan bila sudah masak hidangkanlah
dengan peanut butter dan chocolate rice (ikut kegemaran anda) untuk disapukan diatas kueh
pandan.

Selamat mencuba pasti anak-anak anda suka makan kueh ini



4 comments:

Mieza said...

Liz, salam perkenalan, TQ sudi singgah blog mieza..sedapnya nampak waffle ni..mieza suka mkn dgn aiskrim :)

Bang Pendi said...

wah, lihat gambarnya saja sudah terasa sedapnya. Pasti akan lebih sedap bila Bunda Liz yang masak, hehe

Liz said...

Meiza tq yer singgah ke blog Liz..aiskrim juga best..anak2 pasti ketagih..

Liz said...

Bang pandi terima kasih..pandi pun boleh cuba..

LinkWithin