Follow me & I'll Follow u back

Monday, June 20, 2011

Carbonara with Tuna


Hari ini Liz telah mencuba memasak pasta carbonara bercampur tuna. Ini adalah kali pertama Liz mencuba memasak buat anak-anak Liz. Liz membeli pasta ini 3 minggu yang lalu dan ini barulah mula mencuba. Sebelum memasak Liz cuba google dulu cara-cara penyediaan bahannya. Rupanya lebih kurang sama cara memasak Spaghetti cuma ada beberapa tambahan bagi resepi ini....Ada bebarapa bahan memasak Liz tak ada stok didapur. So Liz cuba guna lain jenama (seperti nestle cream dan Tuna spread) masakan yang ada dalam dapur Liz. Alhamdullilah Cabonara Liz rasa sedap juga.

Bahan-bahannya
  • 200 gram pasta
  • 100 gram susu krim (LIZ pakai Keim Nestle)
  • 50 ml susu cair
  • 3 sudu makan olive oil
  • 5 ulas bawang putih yang dicincang
  • 30 gram kacang panjang di hiris halus
  • 30 gram Cheddar cheese di hiris nipis
  • 100 gram tuna (liz guna Tuna spread -Ayam Brand)
  • 2 sudu makan lemon juice
  • 50 gram lobak yang telah digarut
  • sedikit serbuk lada sulah (jika perlu)
  • garam secukupnya

Cara memasaknya

  • Rebus pasta dan tos.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan sayur hirisan kacang panjang dan campuran krim dan susu cair masak hingga hirisan kacang sedikit layu.
  • Masukkan krim susu dan susu cair dan kacau.
  • Masukkan tuna, cheese, lobak , pasta dan lemon jus dan kacau rata.
  • Campurkan garam dan lada sulah dan gaul hinga rata.
------ Jangan tidak mencuba!!!------




No comments:

LinkWithin