Follow me & I'll Follow u back

Saturday, June 18, 2011

Spaghetti with Cheese & Garlic sauce

Spaghetti adalah kegemaran Liz dan anak-anak Liz. Kali ini Liz pakai sos yang express iaitu dari produk Hunt's (pasta sauce cheese & garlic) tapi adalah juga bahan tambahan bersama sos ini. Berikut ialah resipi bagi spaghetti Liz..Mudah saja apalagi guna sos yang tersedia cuma kita saja yang perlu pandai memberi rasa yang tersedap buat keluaga tersayang.

Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – potong kiub kecil-kecil
  • 500 gm daging kisar
  • 1 tin Hunt's pasta sauce cheese & garlic
  • 2 sudu besar sos Chili Maggi ( jika nak pedas boleh tambah lebih)
  • 150 ml air
  • 500 gm spaghetti
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan Sos Hunt's dan air.
  4. Masukkan gula dan garam secukupnya.
  5. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  6. Masak selama 10minit atau hingga kuah pekat.
  7. Hidangkan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.
.......Selamat mencoba........

6 comments:

UmmiRosma said...

Looks good..I like Hunt's products too.

hazila said...

Salam,
Lamanya saya tak buat spaghetti bolognese ni.

Noor's blog (inside of me ) said...

Waduh...lihat gambarnya saja, sudah membuat saya ingin sekali mencicipinya. Kalau saja Bunda Liz tinggal dekat saya, pasti saya akan minta Bunda membuatkannya untuk saya...hehe

Liz said...

Yes, my kids love it.....tq rosma

Liz said...

Hazila kalau dah liur berubah...cepat2 lah buat yer...:)

Liz said...

hehe Lucu juga Nor..Liz nanti cicipkan Spaghetti Liz pakai jet buat Nor..hehehe..Tq Nor

LinkWithin