Follow me & I'll Follow u back

Monday, July 4, 2011

Lasagna Liz


Lasagna adalah makanan permintaan anak Liz yang kedua, Dk Izzat sejak hari Jumaat yang lalu. Liz kononnya hendak membuat hari Ahad kelmarin. Oleh kerana Liz teramat sibuk so Alhamdulillah dah tercapai permintaaan anak Liz malam ini. Nah tengok gambar Lasagna Liz, Liz bikin ikut suka hati liz janji rasa seperti lasagna hehehe. Yang penting ada sos tomato, cheese, cream sos dan lasagna...yang lain-lain ikut kreativiti kita lah. Esuk anak-anak request pula untuk dibawa kesekolah..nasib baik liz buat lebih sosnya.

Bahan-bahannya:
( tergantung pada saiz lasagna anda)

2 sudu makan minyak olive
1 biji bawang besar ( dipotong dadu)
6 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 biji capcicum merah/hijau ( potong dadu)
3 sudu besar mixed vegetables
1 tin sos tomato ( Liz pakai product Hunt)
3 sudu besar daging cincang ( terpulang sukatannya yang anda hendak)
sedikit italian seasonal herb ( liz pakai parsley)
beberapa keping lasagna
3 gelas cream milk sos ( fresh light milk + 3 sudu makan tepung jagung dimasak hingga pekat)
Cheese untuk ditabur
sedikit garam

Cara-caranya:

  1. bawang besar dan bawang putih ditumis.
  2. Masukkan capcicum dan mixed vegetables, masak sekejap.
  3. Masukkan daging kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos tomato, garam, Italian herbs dan 1/2 gelas air.
  4. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.
  5. Sediakan takir/bekas yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter / magarine di keliling atau simpan aluminium sebagai alas lasagna.
  6. Untuk sos cream milk, susu segar dan tapung jagung dimasak hingga agak pekat.
  7. Taburkan satu lapisan nipis sos daging tadi kedalam takir/bekas.
  8. Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.
  9. Di atas kepingan lasagna masukkan sos cream milk.
  10. Lepas itu lapis lagi dengan kepingan lasagna then letak sos daging diatasnya.
  11. Di atas lapisan sus daging ulangi dengan satu lapisan sos cream milk dan ulangi langkah jika ingin tebal. Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup putih dan taburkan cheesee ( lagi banyak lagi sedap ). Taburkan Italian herbs di atas cheese.
  12. Bakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 30 - 40 minit . Kalau sudah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah kalau kepingan lasagna tak keras lasagna sudah masak. Pastikan cheese tidak hangus.
Selamat mencuba


2 comments:

UmmiRosma said...

luvly...I have all the ingredients but still havent had time to make. Nanti tah mbuat....

p/s napa tia semua pasal recipe your blog ani...hehe

Liz said...

hehehe rosma...ikut angin kus kus hahaha

LinkWithin